Hari ini 31 Julai dan jam ardul-balad menunjukkan jam 1.30 pagi tiba-tiba ardulBalad baru teringat akan fenomena alam yang akan berlaku pada 1 Ogos 2008 (29 Rejab 1429H) dan dituruti pula oleh fenomena yang kedua iaitu pada 17 Ogos 2008 (15 Syabaan 1429H). Fenomena ini adalah fenomena yang berangkai. Ini adalah keistimewaan yang terjadi bagi bulan Ogos 2008. Jika dahulu tiada lah terlintas dalam kepala ini untuk mengambil tahu perkara ini tetapi kesedaran yang diberi bagi memikirkan hal-hal kejadian alam, maka ardul balad rasa eloklah perkara ini di war-warkan juga dikongsi bersama kerana kita duduk dan tinggal di alam yang sama, matahari yang sama dan bulan yang sama.
Fenomena yang akan berlaku pada 1 Ogos 2008 adalah Total Solar Eclipse. Gerhana Matahari Total berlaku dimana jalur gerhana total bermula dari Kanada Utara lalu bergerak melintasi Greenland, Siberia, Mongolia dan China. Manakala beberapa lokasi yang dapat melihat gerhana sebahagian adalah Greenland, Eropah dan Asia Barat. Manakala di Malaysia, penduduk kawasan pantai di pantai barat semenanjung bolehlah cuba intai-intai pada waktu matahari terbenam (Maghrib), kebarangkalian boleh nampak atau tidak. Teringat pula ardulbalad pernah berangan-angan hendak pergi ke China pada masa Fenomena ini berlaku, tetapi tidak apalah kerana dua orang sahabat ardul-balad telah pun berlepas ke China bagi merakam fenomena ini, kita tunggu bersama buah tangan dari China nanti.
Fenomena yang akan berlaku pada 17 Ogos 2008 ini adalah lebih menarik. Fenomena berkenaan adalah Partial Lunar Eclipse (Gerhana Bulan Sebahagian). Gerhana dapat dilihat mulai dari Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia dan Australia. Sedangkan dari Malaysia gerhana ini dapat disaksikan mulai pukul 3.30 pagi di Langit barat dapat dilihat sampai sebelum bulan tenggelam. Apa yang menarik tarikh berkenaan adalah 15 Syabaan (nisfu syabaan). Semasa di Konvensyen Falak Selangor saya telah diberitahu oleh Ustaz Hanafiah agar bangun pada jam 3.00 pagi hari berkenaan dan sibuk-sibuk kan diri beramal ibadat yang mana termasuk solat sunat gerhana.
Bumi, bulan dan matahari bergerak dalam orbit masing-masing. Bumi mengelilingi matahari sambil membuat putaran atas paksinya. Satu putaran bumi atas paksinya mengambil masa 24 jam. Dalam masa satu tahun, bumi mengelilingi matahari satu pusingan 365.25 hari. Bulan mengelilingi bumi dalam waktu 29.5306 hari.
Bila bulan melintasi bayang-bayang bumi maka akan berlaku gerhana bulan. Gerhana bulan akan hanya berlaku pada masa bulan purnama sahaja. Maka tarikh yang lazimnya berlaku gerhana bulan ahÃla pada pertengahan bulan qamari atau hijri, iaitu sekitar 13hb, 14hb atau 15hb. Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana gerhana bulan berlaku.
Hukum Gerhana
1. Gerhana Bulan akan hanya berlaku pada waktu bulan purnama. Gerhana matahari pula berlaku pada waktu ijtimak bulan, bumi dan matahari. Gerhana tidak berlaku setiap bulan.
2. Sekurang-kurangnya berlaku dua gerhana matahari setiap tahun (Syamsyiah), tetapi tidak mungkin melebihi lima kali. Bilangan maksimum untuk gerhana matahari adalah 3 dalam satu tahun.
3. Gerhana sering berlaku berpasangan atau bertiga: matahari-bulan-matahari. Gerhana bulan selalu didahului atau diikuti dengan gerhana matahari, (ada 2 minggu antaranya).
No comments:
Post a Comment