Monday, March 23, 2015

GERHANA BULAN PENUH PADA 04 APRIL 2015 (15 JAMADILAKHIR 1436H)


1.0 PENDAHULUAN
GERHANA BULAN PENUH PADA 04 APRIL 2015 (15 JAMADILAKHIR 1436H)

Bumi dan bulan akan membentuk bayang apabila disinari oleh matahari. Bayang yang terbentuk adalah cukup panjang. Bila bulan beredar mengelilingi bumi dan merentas bayang bumi, cahaya matahari akan terhalang daripada terpancar terus ke atas permukaan bulan. Gerhana yang terhasil adalah gerhana bulan. Gerhana Bulan hanya berlaku ketika bulan purnama sahaja dan bukannya ketika fasa-fasa bulan yang lain. Ini kerana pada ketika purnama bulan, bumi dan matahari dalam keadaan segaris.

Bayang bumi yang terbentuk adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu Penumbra dan Umbra. Penumbra adalah ruang bayang bahagian luar dan tidak menghalang cahaya matahari sepenuhnya darpada jatuh ke atas permukaan bulan, manakala ruang umbra adalah bahagian bayang bumi yang tengah dan menghalang terus cahaya daripada sampai ke bulan. Seperti juga gerhana matahari, gerhana bulan juga mempunyai sifat gerhana penuh dan separa. Ianya bergantung kepada ruang bayang yang manakah telah dilalui oleh bulan tersebut. Gerhana Separa Bulan adalah apabila hanya melalui kawasan Penumbra. Gerhana Penuh bulan pula adalah apabila bulan melalui kawasan umbra.

Saiz Umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan.



Rajah  : Gerhana Bulan Penuh yang paling hebat.
Gerhana paling lama kerana ianya melalui titik tengah Umbra.




Rajah  : Kedudukan bulan dalam linkungan bayang bumi
yang menghasilkan Gerhana Separa. Gerhana seperti ini kerap berlaku.



Pada malam 4 April 2015 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 05:02 petang, yang mana ketika itu bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasang bayang-bayang umbra pada jam 06:16 petang.

Fasa Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 07:58 malam sehingga 08:02 malam (4 mint sahaja waktu kemuncak/Greatest Eclipse). Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia:

Penumbral Eclipse Begins         : 09:01:27 UT = 17:01:27 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins               : 10:15:45 UT = 18:15:45 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins                 : 11:57:54 UT = 19:57:54 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Ends                    : 12:02:37 UT = 20:02:37 (Waktu Malaysia)
Partial Ecipse Ends                  : 13 :44:46 UT = 21:44:46 (Waktu Malaysia)
Penumbral Eclipse Ends           : 14:58:58 UT = 22:58:58 (Waktu Malaysia)   

2.0 PERANCANGAN PROGRAM CERAPAN

TARIKAH CERAPAN : 4 APRIL 2015 (SABTU)
LOKASI CERAPAN : SURAU SEKIAH MAKMUR, TANJONG MALIM, PERAK
MAJLIS PENERANGAN/CERAMAH : JAM 6:00 PETANG
WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN : 8.00 MALAM  

Perancangan cerapan gerhana bulan penuh adalah dicadangkan dilaksanakan di
perkarangan Surau Sekiah Makmur, Tanjong Malim. Pihak pengurusan Surau adalah sangat berminat untuk mengadakan kerjasama dalam program ini. Program ini adalah menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan menyediakan kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat.

3.0 KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH

1.    Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan diletak di atas mount
EQ5.
2.    Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS
450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
3.    Rakaman akan dibuat menggunakan kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej bulan.
4.    Imej rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder.
5.    Rakaman gerhana bulan akan di pancar oleh LCD projector terus ke skrin putih,
6.    bagi memudahkan orang ramai melihat kejadian Gerhana Bulan Penuh ini.

4.0 FAEDAH
Program ini adalah menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan menyediakan kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat dan program ini juga bertujuan bagi memahirkan pegawai INSTUN dalam pengendalian peralatan Teleskop yang baru diperolehi.

5.0 PERALATAN
1. Teleskop Pembiasan 102mm
2. Mount EQ5 with keypad
3. Power stabilizer and power cable
4. Kamera Canon EOS 450D, Canon Camera Adpter
5. Notebook with EOS Utility software
6. LCD Projector & Skrin Putih

  
 6.0 LATIHAN CERAPAN

Latihan cerapan akan dilaksanakan pada sebelah malam 23 Mac dan 24 Mac 2015, lokasi latihan di mini observatory INSTUN. Bernula jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam,