Friday, November 19, 2010

Isu Tarikh Hari raya Aidil Adha

Olie Anjang

Olie Anjang salam....
pokcik nak tanya apa jawapan untuk isu penetapan tarikh hari raya aidil adha baru ni...betul ke ada kekeliruan kat situ?




    • Mahruz Zaman
      ‎06-Nov-2010, Data Rukyah Pasir Panjang
      Matahari terbenam: 19 : 00
      Bulan terbenam: 19 : 03
      Umur hilal: 06 j 12 m
      Altitud bulan 00 24 51
      Jarak Lengkung 04 38 29

      Syarat kenampakan adalah altitud bulan > 2 darjah dan jarak >lengkung 3 darjah atau umur >8 jam
      Dari data Rukyah....Syarat Kenampakan anak bulan agak lemah...oleh itu 7 Nov jadi 30 Zulkaedah dan Aidil Adha jatuh pada 17 Nov...ok nak balik... dah ni...jika perlu penjelasan lagi...nanti tanya ya...TQ

    • Mahruz Zamanis...penetapan di Malaysia memang tidak ikut hari Wukuf di Arafah, kita Malaysia berdasarkan Rukyah pada 29 Zulkaedah....nak cerita panjang ceritanya...semua berdasar hadith dan Al-Quran, Dulu memang kita ikut hari Wukuf tapi pada 16 Jun 1994 dalam Majlis raja-Raja Melayu kali ke 167 bersetuju menerima pakai kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan Imkanur Rukyah bagi penetapan 10
      Zulhijjah....ianya setelah ada Muzkarah majlis Fatwa Kebangsaan.


kerana kaedah cerapan beza spt rukyah & imkanurukyah hasilkan perkiraan bebeza maka byk org kata "sampai bilakah malaysia harus berbeza tarikh hari raya haji / hari wuquf dengan makkah?" "bukankah kerajaan arabsaudi penjaga tanah suci yg selayaknya menetapkan hari wuquf, manakala kerajaan lain menuruti" apa bro kata..

Mahruz Zaman
Bro...penetapan di Malaysia memang tidak ikut hari Wukuf di Arafah, kita Malaysia berdasarkan Rukyah pada 29 Zulkaedah....nak cerita panjang ceritanya...semua berdasar hadith dan Al-Quran, Dulu memang kita ikut hari Wukuf tapi pada 16 Jun 1994 dalam Majlis raja-Raja Melayu kali ke 167 bersetuju menerima pakai kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan Imkanur Rukyah bagi penetapan 10 Zulhijjah....ianya setelah ada Muzkarah majlis Fatwa Kebangsaan


Thursday, November 18, 2010

KAJIAN RFI UNTUK BIDANG ASTRONOMI RADIO DI INSTUN ,PERAK


Malaysia yang sedang menuju ke arah pemodenan global, sektor perindustrian bersaing hebat untuk meningkatkan potensi penggunaan dalam teknologi, telekomunikasi, dan sektor penyiaran yang telah menyumbang kepada kesesakan peruntukan spektrum frekuensi (frequency spectrum allocation). Lantaran itu , usaha pertama yang telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia ialah mengkaji gangguan frekuensi radio (RFI) di bawah atmosfera dan juga untuk mempunyai pemetaan RFI yang pertama di Semenanjung Malaysia.


Kepentingan mengkaji tahap RFI di lokasi yang berpotensi untuk mendalami dan menganalisis spektrum di muka bumi dan kategori tahap RFI di Semenanjung Malaysia. Ramai yang telah memberikan tanggapan yang salah berkenaan bidang astronomi radio. Mereka beranggapan bahawa astronomi radio adalah berkenaan mendengar bunyi dari luar angkasa tetapi hakikatnya bidang ini mengkaji dan menemui objek-objek di angkasa yng tidak dapat dilihat dengan menggunakan teleskop optikal dengan menggunakan gelombang radio. Tidak semua objek-objek angkasa dapat dilihat dengan mengunakan teleskop optikal kerana diselindungi awan dan gas-gas ,serta debu.


Radio astronomi adalah salah satu daripada kajian astronomi pelbagai panjang gelombang sebagai alternatif bagi astronomi optikal dari pencerapan di muka bumi untuk objek angkasa. Sejarah awal penemuan bidang kajian radioastronomi ini bermula apabila Karl Jansky menemui pusat galaksi Bima Sakti dan penyelidikan didalam bidang radioastronomi mula berkembang selepas penemuan bukti teori permulaan alam semesta yakni Letupan Besar (Big Bang) pada tahun 1954 melalui Gelombang Mikro Kosmik Latar Belakang (Cosmic Micro Background) (CMB) ) .


Rangkaian Astronomi Asia Tenggara (SEAAN) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan mesyuarat pertama dijalankan pada tahun 2007 di Mesyuarat Astronomi Kebangsaan Thai di Bangkok ,Thailand. Objektif rangkaian ini adalah untuk mekanisme yang berkesan untuk memupuk dan berkongsi pembangunan serta pengalaman yang berkaian didalam penyelidikan astronomi di Asia Tenggara. Penubuhan rangkaian ini juga amat penting bagi melengkapkan kawasan Asia Tenggara yang tiada sebarang aktiviti penyelidikan berkaitan radioastronomi. Perjumpaan yang pertama yang julung kali diadakan oleh Kumpulan Kerja Radio Astronomi di Chiang Mai pada tahun 2009 dibawah kelolaan Institut Penyelidikan Astronomi Kebangsaan Thailand (NARIT). Misi ,visi kumpulan kerja ini adalah bertujuan untuk menjadi sebahagian daripada Global Very Long Baseline Interferometer (VLBI ) dan juga Square Kilometre Array (SKA). Perkara utama yang melibatkan kajian jirim gelap di angkasa (dipelopori oleh kumpulan Malaysia), Masers (dipelopori oleh kumpulan Thailand) dan mungkin Pulsar & lohong hitam (dipelopori oleh kumpulan Indonesia).


Seorang pelajar dari Universiti Ubon Rajthanee di Thailand telah datang ke INSTUN dan mempelajari teknik-teknik dan cara pemasangan teleskop di INSTUN pada 3 Jun 2010 .

PENGENALAN KEPADA TELESKOP RADIO KECIL DI INSTUN


Bidang radio astronomi mungkin masih baru di Malaysia mendorong pengenalan kepada bidang ini giat dijalankan. Oleh itu, wujudnya usaha untuk membangunkan satu teleskop radio kecil di Malaysia yang berkebolehan mendapatkan data garisan kontinum dan garisan spectra dalam L-band (1.42GHz). Kit radio astronomi ini menyediakan segala yang diperlukan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar dan amatur-amatur bidang radio astronomi ini.


Small radio telescope (SRT) atau teleskop radio kecil adalah alat mengajar yang sesuai dimana ia melibatkan gabungan teknologi kejuruteraan gelombang mikro dan pengkomputeran digital. Gabungan ini membolehkan data-data astronomi, pemprosesan isyarat digital, pembangunan perisian & analisis dijalankan serentak. Teleskop radio kecil ini merupakan sebuah satelit parabola berstandard 2.3 meter diameter dan dilancarkan di atas Az-El mount bermotor sepenuhnya. Susunan mount yang unik ini membolehkan pemerhati melaksanakan ukuran kuasa penuh (total power measurements) dan pemetaan kontur. Perisian juga telah disediakan untuk mengawal antenna dan sumber-sumber terpilih.


Pemilihan lokasi untuk menempatkan radio teleskop ini telah dilakukan dan dipilih berdasarkan Gangguan Frekuensi Radio (Radio Frequency Interference) yang rendah semasa kajian RFI dijalankan. Melalui kajian tersebut, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang terletak di Behrang, Tanjung Malim, Perak mempunyai tahap signal lantai (floor noise) yang paling rendah.

Melihat Matahari di Konvensyen Falak/Astronomi Negeri Sembilan 3 Julai 2010





Konvensyen Falak Negeri Melaka 23 Mei 2010






Rukyah Hilal 30 JamadilAkhir 1431H