Thursday, July 25, 2013

Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H

Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H
Hari Raya Aidilfitri 1434 H adalah pada 1 Syawal 1434H
Bila 1 Syawal 1434H


Tarikh                         :               07 Ogos 2013 (29 Ramadhan 1434H)

Tempat Rukyah        :               PASIR PANJANG, PERAK  
              
Matahari Terbenam                  :               19:32

Bulan Terbenam                        :               19:45

Umur Hilal                                          : 13j 55m

Altitud Bulan pada 19:32                 : 02 37 38

Jarak Lengkung (Bulan-matahari)  : 07 29 01



Kriteria Imkanur-rukyah

Kriteria imkana-Rukyah ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Ramadan sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.

ATAU
(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).


Dari Data dan Kriteria Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H?

Adalah tertakluk kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Matlak’ Negara berkenaan



Monday, April 22, 2013

KHUTBAH GERHANA BULAN








GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)



GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)
Partial Lunar Eclipse

Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan cahaya ke semua arah. Selain daripada bahagian umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias. Dalam ruang tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon itu adalah bumi dan hujungnya menuju ke bulan, manakala penumbra pula adalah kon yang terbentuk hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak pada suatu jarak yang jauh.

Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan


Pada 26 April 2013 menjelang waktu suboh berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Gerhana yang terjadi bukanlah gerhana penuh, hanya sedikit sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi. Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbenam  rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku.  
Circumstances of the Eclipse
P1:Moon enters penumbra: 2013 April 26  02:03:38 2.03 AM)
U1:Moon enters umbra: 2013 April 26  03:54:08 (3.54 AM)
U4:Moon leaves umbra: 2013 April 26  04:21:02 (4.21 AM)
P4:Moon leaves penumbra: 2013 Apri 26  06:11:26 (6.11 AM)