Saturday, February 28, 2009

Gerhana Warna (Gerhana Penumbra)

Camera Model Canon EOS 450D
Shooting Date/Time 2/9/2009 10:25:50 PM
Shooting Mode Shutter-Priority AE
Tv( Shutter Speed ) 1/4
Av( Aperture Value ) 45.0
Metering Mode Spot Metering
Exposure Compensation 0
ISO Speed 800
Lens EF75-300mm f/4-5.6
Focal Length 300.0 mm

Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa purnama. Ketika ini cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan menjadi terhalang kerana terlindung oleh bumi. Tompokan gelap dipermukaan bulan pada ketika gerhana adalah bayang-bayang bumi yang jatuh dipermukaan bulan.

Terdapat tiga jenis gerhana bulan yang boleh berlaku dimana ia bergantung kepada kedudukan bulan dengan zon bayangan. Jenis-jenis gerhana bulan adalah Gerhana Warna (Gerhana Penumbra), Gerhana Separa dan Gerhana Penuh.

Semasa gerhana sekiranyab bulan memasuki kawasan penumbra sahaja, maka gerhana bulan yang berlaku adalah gerhana warna atau dikenali dengan Gerhana Bulan Penumbra. Bagi pencerap di Bumi, permukaan bulan yang mengalami gerhana warna kelihatan bertukar kekuatan cahaya dari putih bersinar ke warna suram. Disebabkan faktor cuaca dan kekuatan cahaya bulan purnama, perubahan cuaca ini sukar dikesan dengan mata kasar. Justeru itu gerhana warna selalunya tidak disdari oleh pemerhati di bumi.

Bulan Bintang

Gerhana Bulan Penumbra 9 Feb 2009

Camera Model Canon EOS 450D
Shooting Date/Time 2/9/2009 10:51:28 PM
Shooting Mode Shutter-Priority AE
Tv( Shutter Speed ) 1/1000
Av( Aperture Value ) 5.6
Metering Mode Spot Metering
Exposure Compensation 0
ISO Speed 800
Lens EF75-300mm f/4-5.6
Focal Length 300.0 mm

Wednesday, February 18, 2009

Catatan Perjalanan Jakarta-Anyer-Bandong




Laporan perjalanan 24 hingga 28 Januari 2009 (Jakarta-Anyer-Bandong)

24 Januari 2009 (Sabtu)

· Penerbangan jam 7.00 pagi dari LCCT Sepang ke Lapangan terbang Sukrno-Hatta dan sampai jam 9.00 (WIB).
· Disambut oleh pemandu dari Indonesia dan dibawa melawat sekitar bandar Jakarta
· Melawat perkampungan mini-Indonesia, Muzium Indonesia dan Sumur Buaya.
· Bermalam di Hotel Sparks Jakarta.


25 Januari 2009 (Ahad)

Bertolak ke Anyer berjumpa dengan pihak Lembaga Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia (LAPAN), Planetarium Jakarta dan Institut Teknologi Bandong (ITB), membuat perbincangan lokasi pilihan pencerapan gerhana matahari cincin ini di
· Membuat perbincangan kedua dengan ahli-ahli NETT menukar tapak pencerapan dari tapak lighthouse kepada pekarangan pantai di Mambruk Resort (100 meter dari tapak cadangan asal)
· Sebelah malam perjumpaan dengan semua ahli NETT bagi menyusun tugasan.
· Bermalam di Patra Beach Resort, Anyer, Banten, Indonesia.

26 Januari 2009 (Isnin)


· Ke lokasi pencerapan memilih sudut cerapan yang sesuai.
· Jam 13.00 (WIB) bersiap sedia menunggu sentuhan pertama Gerhana Matahari Cincin yang dijangka bermula jam 15:19 (WIB)
· Awal Gerhana Cincin jam 16:39 (WIB)
· Gerhana Maksima jam 16:40:27 (WIB)
· Akhir Gerhana Cincin Jam 16:43 (WIB)
· Akhir Gerhana 17:51(WIB)
· Matahari Terbenam jam 18:21 (WIB)

27 Januari 2009 (Selasa)
· Bertolak ke Bandong – Perjalanan selama 3 jam, bagi lawatan ke Planetarium Boscha.
· Rehat di Bandong dan bermalam di Hotel Sukajadi, Bandong, Indonesia.

28 Januari 2009 (Rabu)
· Ke Planetarium Boscha bagi Lawatan kerja bersama ahli NETT dan disambut oleh Institut Teknologi Bandong.
· Bertolak balik ke Jakarta bagi penerbangan balik ke Malaysia
· Bertolak balik ke Malaysia.

Tuesday, February 3, 2009

Mesyuarat di Mambruk Resort

Anyer - tetap merindui mu



- Hand-out dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya.

Menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Cincin adalah satu peluang yang jarang diperolehi oleh kebanyakan orang. Walaupun fenomena gerhana Matahari biasanya berlaku 2 kali setahun, namun ianya tidak akan berlaku di tempat yang sama untuk jangka waktu yang cukup lama. Oleh itu fenomena gerhana matahari cincin yang akan berlaku di Indonesia boleh dikatakan sebagai suatu latihan persediaan untuk menghadapi gerhana matahari penuh pada bulan Julai 2009 di Shanghai, China.

Untuk menghadapi Gerhana Matahari Cincin 26 januari 2009, pihak NETT telah bekerjasama aktif dengan Pihak Lembaga Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia (LAPAN), Institut Teknologi Bandong (ITB) dan Planetarium Jakarta. Pihak tersebut telah menyumbangkan banyak maklumat dalam bentuk bantuan data, bantuan teknikal dan local support sehingga terbitlah hand-out ini. Ini member peluang kepada NETT untuk bekerjasama secara pro-aktif pada masa depan dalam bentu aktiviti seperti ini.

Joko Satria Ardianto Tumiran Bilal &

Chin Wei Loon – Universiti Malaya



Gerhana Matahari berlaku ketika kedudukan bulan terletak di antara Matahari dan Bumi, sehingga menutup seluruh atau sebahagian cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil tetapi ia mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan berjarak purata 384,400 kilometer dari bumi lebih dekat dengan bumi jika dibandingkan dengan matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi.

Gerhana matahari dapat dibahagi menjadi tiga jenis iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana cincin/annula. Gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apa saat puncak gerhana cakera matahari ditutupi keseluruhan oleh cakera bulan. Ketika itu cakera bulan sama besar atau lebih besar daripada cakera matahari. Saiz cakera matahari dan cakera bulan adalah bergantung kepada jarak bumi-bulan dan bumi-matahari

Gerhana separa berlaku apabila disaat puncak hanya sebahagian dari cakera bulan dapat menutupi sebahagian dari cakera matahari. Gerhana cincin/annula juga berlaku apabila disaat puncak hanya sebahagian dari cakera bulan dapat menutupi cakera matahari di mana kejadiannya apabila saiz cakera bulan lebih kecil daripada cakera matahari. Ketika cakera bulan berada di depan matahari ia tidak dapat menutupi keseluruhan cakera matahari. Bahagian cakera matahari yang tidak ditutup oleh cakera bulan berada disekeliling cakera bulan dan kelihatan seperti cincin yang bercahaya.


Pada 26 Januari 2009 satu fenomena gerhana matahari cincin/annula akan berlaku. Gerhana ini akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India pada jam 4:57 UT dan berakhir pada sebelah barat Indonesia pada jam 11:00 UT.

Bagi kawasan yang terbaik untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari ini adalah di Indonesia yang terletak di daerah Tanjung Karang, Provinsi Lampung.

Seperti yang dicadangkan atas pelbagai pertimbangan oleh Lembaga Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia (LAPAN), Planetarium Jakarta dan Institut Teknologi Bandong (ITB), lokasi pilihan pencerapan gerhana matahari cincin ini terletak di Mercusur Anyer (Lighthouse 1885) dengan koordinat:

Longitud : 105˚ 53”

Latitud : 6˚ 04”

Ketinggian : 23 meter

GMT : +7 jam

Khusus untuk daerah Anyer yang terletak di Kabupaten Serang, Provinsi Banten, Indonesia proses gerhana Matahari bermula pada jam 15:20 (WIB) dan berakhir pada jam 17:51(WIB). Di daerah Anyer, cakera bulan akan menutup permukaan Matahari sebanyak lebih kurang 85% ketika maksimum. Manakala di daerah lain seperti Kuala lumpur, Malaysia cakera Bulan akan hanya menutup permukaan matahari sebanyak 64% sahaja (ketika maksimum)


Matlamat utama program penjejakan Gerhana matahari Cincin pada 26 januari 2009 adalah untuk melakukan pencerapan dan merekod proses gerhana Matahari Cincin. Perubahan di sekitar kawasan tempat cerapan juga dapat diperhatikan dari pelbagai peralatan yang akan digunakan. Hasil pencerapan akan dikaji dan dianalisa kemudian.

Senarai di bawah merupakan perancangan cerapan yang akan dilakukan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara pada gerhana tersebut:


Pengimejan keseluruhan proses gerhana dengan resolusi yang tinggi

Objektif : Mengkaji struktur cirian tepi Bulan dan menguji keperisian ramalan masa kelakuan gerhana matahari.


Peralatan : Kamera digital / Kamera CCD astronomi, teleskop, solar filter.

Mengambil imej keseluruhan proses gerhana dengan menggunakan teleskop yang dilengkapi dengan solar filter dan kamera digital / kamera CCD astronomi. Bagi pengambilan imej gerhana resolusi tinggi dengan menggunakan kamera digital SLR, jarak fokus teleskop yang sesuai adalah di antara 1000mm hingga 1500mm. Imej yang diambil boleh digunakan untuk mengkaji struktur cirian tepi bulan secara teliti.

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keperisian ramalan masa kelakuannya gerhana matahari dan sangat bergna untuk meramalkan masa berlakunya gerhana matahari pada masa depan. Hasil pencerapan kemudian boleh memberi satu gambaran seluruh proses gerhana matahari cincin yang berlaku.

Pengimejan landskap dengan multi-exposure

Objektif : Menghasilkan gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dengan perubahan fasa-fasa proses gerhana.


Peralatan : Kamera digital, wide-angle lens, kamera tripod, solar filter.

Menggunakan kamera digital, wide angle lens dan tripod kamera. Mengambil imej matahari setiap 5 minit atau 10 minit sekali. Imej-imej yang diambil kemudian digabungkan bersama untuk menghasilkan satu gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dan perubahan fasa-fasa proses gerhana.