Monday, April 22, 2013

KHUTBAH GERHANA BULAN








GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)



GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)
Partial Lunar Eclipse

Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan cahaya ke semua arah. Selain daripada bahagian umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias. Dalam ruang tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon itu adalah bumi dan hujungnya menuju ke bulan, manakala penumbra pula adalah kon yang terbentuk hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak pada suatu jarak yang jauh.

Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan


Pada 26 April 2013 menjelang waktu suboh berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Gerhana yang terjadi bukanlah gerhana penuh, hanya sedikit sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi. Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbenam  rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku.  
Circumstances of the Eclipse
P1:Moon enters penumbra: 2013 April 26  02:03:38 2.03 AM)
U1:Moon enters umbra: 2013 April 26  03:54:08 (3.54 AM)
U4:Moon leaves umbra: 2013 April 26  04:21:02 (4.21 AM)
P4:Moon leaves penumbra: 2013 Apri 26  06:11:26 (6.11 AM)