GERHANA BULAN SEPARA (26
APRIL 2013)
Partial Lunar Eclipse
Partial Lunar Eclipse
Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan cahaya ke semua
arah. Selain daripada bahagian umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias.
Dalam ruang tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon itu adalah
bumi dan hujungnya menuju ke bulan, manakala penumbra pula adalah kon yang
terbentuk hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak pada suatu jarak
yang jauh.
Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari.
Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang
berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan
bulan
Pada 26 April 2013
menjelang waktu suboh berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Gerhana yang
terjadi bukanlah gerhana penuh, hanya sedikit sahaja daripada muka bulan akan
digelapkan oleh bayang-bayang bumi. Namun, ia tetap menarik untuk dilihat
kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbenam rendah di ufuk langit cukup unik.
Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa
gerhana yang berlaku.
Circumstances of the Eclipse
P1:Moon enters penumbra: 2013 April
26 02:03:38 2.03 AM)
U1:Moon enters umbra: 2013 April 26
03:54:08 (3.54 AM)
U4:Moon leaves umbra: 2013 April 26
04:21:02 (4.21 AM)
P4:Moon leaves penumbra: 2013 Apri
26 06:11:26 (6.11 AM)
No comments:
Post a Comment