Sunday, January 25, 2015


BERITA FALAK 1/2015
Susunan; Mahruzaman Hj.Misran

BIAR ANGIN DAN HUJAN BERBICARA




Faktor mempengaruhi Cuaca dan iklim di Malaysia, terdapat 4 faktor;
i)        Kedudukan
ii)       Angin dan Hujan
iii)      Ketinggian dari Aras Laut dan
iv)      Kepulauan

Di sini kita fokuskan berkaitan Angin dan Hujan.

Angin Monsun Timur Laut
Bagaimana angin Monsun Timur Laut Terjadi? ia bermula pada bulan November dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya. Di Asia Tengah mengalami musim sejuk dan menghasilakn satu kawasan tekanan udara tinggi dan dalam masa yang sama pendalaman Australia mengalami musiam panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan udara rendah. Perbedzaan tekanan uadara menjadikan kawasan aliran udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu angin bertiup dari Asia Tengah ke Pendalaman Australia dan angim ini dinamakan Angin Monsun Timur Laut. Angin ini bertiup dari Laut China Selatan dan membawa hujan bukit yang lebat di kawasan tanah tinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Utara Sabah, seluruh Sarawak dan tengah Banjaran Titiwangsa.

(Kenyataan di bawah telah disampaikan oleh Ustaz Hapaiah Abd Razak, seorang tokoh Falak Negeri Johor di Auditorium SUK Johor, beliau memberi taklimat ringkas berkaitan Fenomena hujan lebat Monsun Timur  pada 4 Disember 2014 jam 8:35 pagi)

21 Disember 2013 (17 safar 1435H)
Kemuncak musim sejuk dengan kecondongan maksima di Selatan, angin sejuk dari kutub utara seperti biasa begerak ke selatan menuju Khatulistiwa, akan tetapi tidak aktif dan menantikan angin panas monsun Timur Laut. Angin sejuk ini bergerak perlahan dan terbang rendah, manakala angin panas monsun timur laut terbang tinggi, maka tiada pembenihan awan dan hujan tidak turun sehingga Rabiul Awal 1435, dan ketika itu cuaca terasa sejuk sejak awal Januari 2014. Seluruh Negara terkejut dengan cuaca sejuk sehingga berlaku kemarau, hujan tidak turun sehingga pertengahan Februari 2014.

Tahun 2014, 21 Disember 2014 (28 safar 1436H)
Angin sejuk dari Kutub Utara turun ke Khatulistiwa dengan aktif dan menantikannya Angin Panas Monsun Timur Laut, lalu pembenihan awan begitu rancak, maka hujan lebat mulai turun pada 21 disember 2014.

Sehingga bulan November 2014 hujan hanya telah turun 2/3 kadar setahun, 1/3 belum turun lagi……jadi bimbang hujan yang turun di akhir tahun ini adalah dalam kuantiti yang banyak, mengikut Kitab Faid Al-Kadir syarah Kitab Hadis Al-Jami Al-Shaghir:
TIADALAH ANTARA SATU TAHUN DENGAN TAHUN SEBELUMNYA ITU MELAINKAN KADAR TABURAN HUJAN ADALAH SAMA MENGIKUT KETENTUAN ALLAH SWT JUA
Maka sangat penting bagi menilai kadar hujan tahunan.

Kemudian kita perhatikan air sungai dan tanah, sekiranya nyata ada pencemaran sungai dan tanah maka banjir akan berlaku.

Mengikut hadis Nabi Muhammad saw (Kitab Tafsir AL-KASHAF Oleh Imam Al-Zawakshari);
APABILA BERLAKU BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN KEMARAU NESCAYA BERLAKU PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN BUMI ALLAH SWT……

Oleh itu bencana banjir tidak dapat dielakkan lagi, hujan lebat bakal dilimpahkan untuk pemulihan sumber air, tanah dan udara di penempatan tersebut

Thursday, July 25, 2013

Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H

Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H
Hari Raya Aidilfitri 1434 H adalah pada 1 Syawal 1434H
Bila 1 Syawal 1434H


Tarikh                         :               07 Ogos 2013 (29 Ramadhan 1434H)

Tempat Rukyah        :               PASIR PANJANG, PERAK  
              
Matahari Terbenam                  :               19:32

Bulan Terbenam                        :               19:45

Umur Hilal                                          : 13j 55m

Altitud Bulan pada 19:32                 : 02 37 38

Jarak Lengkung (Bulan-matahari)  : 07 29 01



Kriteria Imkanur-rukyah

Kriteria imkana-Rukyah ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Ramadan sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.

ATAU
(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).


Dari Data dan Kriteria Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H?

Adalah tertakluk kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Matlak’ Negara berkenaan



Monday, April 22, 2013

KHUTBAH GERHANA BULAN








GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)



GERHANA BULAN SEPARA (26 APRIL 2013)
Partial Lunar Eclipse

Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan cahaya ke semua arah. Selain daripada bahagian umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias. Dalam ruang tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon itu adalah bumi dan hujungnya menuju ke bulan, manakala penumbra pula adalah kon yang terbentuk hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak pada suatu jarak yang jauh.

Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan


Pada 26 April 2013 menjelang waktu suboh berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Gerhana yang terjadi bukanlah gerhana penuh, hanya sedikit sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi. Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbenam  rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku.  
Circumstances of the Eclipse
P1:Moon enters penumbra: 2013 April 26  02:03:38 2.03 AM)
U1:Moon enters umbra: 2013 April 26  03:54:08 (3.54 AM)
U4:Moon leaves umbra: 2013 April 26  04:21:02 (4.21 AM)
P4:Moon leaves penumbra: 2013 Apri 26  06:11:26 (6.11 AM)