BERITA FALAK 1/2015
Susunan; Mahruzaman
Hj.Misran
BIAR ANGIN DAN HUJAN BERBICARA
Faktor mempengaruhi
Cuaca dan iklim di Malaysia, terdapat 4 faktor;
i) Kedudukan
ii) Angin dan Hujan
iii) Ketinggian dari Aras Laut dan
iv) Kepulauan
Di sini kita
fokuskan berkaitan Angin dan Hujan.
Angin Monsun Timur
Laut
Bagaimana angin
Monsun Timur Laut Terjadi? ia bermula pada bulan November dan berakhir pada
bulan Mac tahun berikutnya. Di Asia Tengah mengalami musim sejuk dan
menghasilakn satu kawasan tekanan udara tinggi dan dalam masa yang sama
pendalaman Australia mengalami musiam panas dan menghasilkan satu kawasan
tekanan udara rendah. Perbedzaan tekanan uadara menjadikan kawasan aliran udara
dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu angin bertiup
dari Asia Tengah ke Pendalaman Australia dan angim ini dinamakan Angin Monsun
Timur Laut. Angin ini bertiup dari Laut China Selatan dan membawa hujan bukit
yang lebat di kawasan tanah tinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Utara
Sabah, seluruh Sarawak dan tengah Banjaran Titiwangsa.
(Kenyataan di bawah
telah disampaikan oleh Ustaz Hapaiah Abd Razak, seorang tokoh Falak Negeri Johor
di Auditorium SUK Johor, beliau memberi taklimat ringkas berkaitan Fenomena
hujan lebat Monsun Timur pada 4 Disember
2014 jam 8:35 pagi)
21 Disember 2013
(17 safar 1435H)
Kemuncak musim
sejuk dengan kecondongan maksima di Selatan, angin sejuk dari kutub utara
seperti biasa begerak ke selatan menuju Khatulistiwa, akan tetapi tidak aktif
dan menantikan angin panas monsun Timur Laut. Angin sejuk ini bergerak perlahan
dan terbang rendah, manakala angin panas monsun timur laut terbang tinggi, maka
tiada pembenihan awan dan hujan tidak turun sehingga Rabiul Awal 1435, dan
ketika itu cuaca terasa sejuk sejak awal Januari 2014. Seluruh Negara terkejut
dengan cuaca sejuk sehingga berlaku kemarau, hujan tidak turun sehingga
pertengahan Februari 2014.
Tahun 2014, 21
Disember 2014 (28 safar 1436H)
Angin sejuk dari
Kutub Utara turun ke Khatulistiwa dengan aktif dan menantikannya Angin Panas
Monsun Timur Laut, lalu pembenihan awan begitu rancak, maka hujan lebat mulai
turun pada 21 disember 2014.
Sehingga bulan
November 2014 hujan hanya telah turun 2/3 kadar setahun, 1/3 belum turun lagi……jadi
bimbang hujan yang turun di akhir tahun ini adalah dalam kuantiti yang banyak,
mengikut Kitab Faid Al-Kadir syarah Kitab Hadis Al-Jami Al-Shaghir:
TIADALAH ANTARA SATU TAHUN DENGAN TAHUN SEBELUMNYA ITU MELAINKAN
KADAR TABURAN HUJAN ADALAH SAMA MENGIKUT KETENTUAN ALLAH SWT JUA
Maka sangat penting
bagi menilai kadar hujan tahunan.
Kemudian kita
perhatikan air sungai dan tanah, sekiranya nyata ada pencemaran sungai dan
tanah maka banjir akan berlaku.
Mengikut hadis Nabi
Muhammad saw (Kitab Tafsir AL-KASHAF Oleh Imam Al-Zawakshari);
APABILA BERLAKU BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN KEMARAU NESCAYA
BERLAKU PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN BUMI ALLAH SWT……
Oleh itu bencana
banjir tidak dapat dielakkan lagi, hujan lebat bakal dilimpahkan untuk
pemulihan sumber air, tanah dan udara di penempatan tersebut
No comments:
Post a Comment