(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing (Ya-sin:40)
Tuesday, June 2, 2015
Monday, May 11, 2015
GALAXY EXPLORATION WORKSHOP PERINGKAT NEGERI TERENGGANU PADA 24 - 25 APRIL 2015 DI SMK IBRAHIM FIKRI, TERENGGANU
GALAXY
EXPLORATION WORKSHOP
Kerajaan
Negeri Terengganu telah menganjurkan Galaxy
Exploration Workshop untuk peringkat Negeri Terengganu. Bengkel ini telah
diadakan bertempat di SMK Ibrahim Fikri, Terengganu, bermula pada 24 April dan
berakhir pada 25 April 2015. 28 Sekolah yang terpilih dari seluruh negeri
Terengganu telah menyertai bengkel ini dengan 5 orang mewakili sekolah
masing-masing, keseluruhan peserta adalah 140 orang pelajar dan 28 orang guru.
Program
ini telah dikendalikan oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dengan
kerjasama dari Institut Tanah dan Ukur Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu
ATURCARA PROGRAM
24 April 2015
|
||
10.00
Pagi
|
Taklimat
Bengkel Oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)
|
Dewan
|
10.30
Pagi
|
Ceramah 1 : Pengenalan Dan
Pengendalian Teleskop
Encik Mahruzaman Misran
(INSTUN)
|
Dewan
|
12.00
T/hari
|
Rehat/Solat
Jumaat
|
|
2.30
Petang
|
Praktikal : Pengendalian Dan
Penyelenggaraan Teleskop
Encik Mahruzaman Misran
(INSTUN)
|
Dewan
|
4.00
Petang
|
Rehat
/ Solat Asar
|
|
5.00
Petang
|
Praktikal
: Penentuan Arah Kiblat
|
Dewan/Dataran
|
7.30
malam
|
Solat
Maghrib
Kuliah
Maghrib : Keajaiban Astronomi nenurut Al-Quran
Solat
Isyak
|
Masjid
Al-Abrar
|
9.00
– 11.00 malam
|
Pencerapan Langit Malam
INSTUN
Jabatan
Mufti Terengganu
Pusat
Sains dan Kerativiti Terengganu
|
Dataran
|
25 April 2015
|
||
9.00
pagi
|
Ceramah : Fenomena Astronomi
dengan Kemajuan Teknologi
Encik Mahruzaman Misran
(INSTUN)
|
Dewan
|
11.00
pagi
|
Majlis
Perasmian Penutup Oleh :
YB.
Ghazali Bin Taib
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri
|
Dewan
|
Program
Galaxy Exploration Workshop ini telah
berjaya mencapai matalamatnya iaitu sebagai wadah permulaan bagi peserta-peserta
yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan Empat dari sekolah-sekolah yang
terpilih dari seluruh negeri Terengganu . Program ini merupakan program
penggalkan sains dan inovasi bagi Negeri Terengganu.
Peserta-peserta
yang hadir telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang Astronomi ini,
semuga dengan sedikit cetusan idea dari penceramah akan melahirkan satu letusan
kepakaran dari Negeri Terengganu ini.
Kerjasama,
minat dan kesungguhan dari semua peserta adalah memudahkan aliran pengetahuan
telah dapat disuntik kepada semua peserta.
Monday, March 23, 2015
GERHANA BULAN PENUH PADA 04 APRIL 2015 (15 JAMADILAKHIR 1436H)
1.0
PENDAHULUAN
GERHANA
BULAN PENUH PADA 04 APRIL 2015 (15 JAMADILAKHIR 1436H)
Bumi
dan bulan akan membentuk bayang apabila disinari oleh matahari. Bayang yang
terbentuk adalah cukup panjang. Bila bulan beredar mengelilingi bumi dan
merentas bayang bumi, cahaya matahari akan terhalang daripada terpancar terus
ke atas permukaan bulan. Gerhana yang terhasil adalah gerhana bulan. Gerhana
Bulan hanya berlaku ketika bulan purnama sahaja dan bukannya ketika fasa-fasa
bulan yang lain. Ini kerana pada ketika purnama bulan, bumi dan matahari dalam
keadaan segaris.
Bayang
bumi yang terbentuk adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu Penumbra dan
Umbra. Penumbra adalah ruang bayang bahagian luar dan tidak menghalang cahaya
matahari sepenuhnya darpada jatuh ke atas permukaan bulan, manakala ruang umbra
adalah bahagian bayang bumi yang tengah dan menghalang terus cahaya daripada
sampai ke bulan. Seperti juga gerhana matahari, gerhana bulan juga mempunyai
sifat gerhana penuh dan separa. Ianya bergantung kepada ruang bayang yang
manakah telah dilalui oleh bulan tersebut. Gerhana Separa Bulan adalah apabila
hanya melalui kawasan Penumbra. Gerhana Penuh bulan pula adalah apabila bulan
melalui kawasan umbra.
Saiz
Umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai
satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku,
adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan.
Rajah :
Gerhana Bulan Penuh yang paling hebat.
Gerhana
paling lama kerana ianya melalui titik tengah Umbra.
Rajah :
Kedudukan bulan dalam linkungan bayang bumi
yang menghasilkan Gerhana Separa. Gerhana seperti
ini kerap berlaku.
Pada
malam 4 April 2015 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana
Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 05:02 petang, yang mana ketika itu bulan baru sahaja memasuki kawasan
bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasang bayang-bayang umbra
pada jam 06:16 petang.
Fasa
Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 07:58 malam sehingga 08:02
malam (4 mint sahaja waktu kemuncak/Greatest Eclipse). Berikut adalah data
gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia:
Penumbral
Eclipse Begins :
09:01:27 UT = 17:01:27 (Waktu Malaysia)
Partial
Eclipse Begins : 10:15:45 UT
= 18:15:45 (Waktu Malaysia)
Total
Eclipse Begins : 11:57:54
UT = 19:57:54 (Waktu Malaysia)
Total
Eclipse Ends : 12:02:37
UT = 20:02:37 (Waktu Malaysia)
Partial
Ecipse Ends :
13 :44:46 UT = 21:44:46 (Waktu Malaysia)
Penumbral
Eclipse Ends : 14:58:58 UT =
22:58:58 (Waktu Malaysia)
2.0 PERANCANGAN PROGRAM CERAPAN
TARIKAH
CERAPAN : 4 APRIL 2015 (SABTU)
LOKASI
CERAPAN : SURAU SEKIAH MAKMUR, TANJONG MALIM, PERAK
MAJLIS
PENERANGAN/CERAMAH : JAM 6:00 PETANG
WAKTU
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN : 8.00 MALAM
Perancangan
cerapan gerhana bulan penuh adalah dicadangkan dilaksanakan di
perkarangan
Surau Sekiah Makmur, Tanjong Malim. Pihak pengurusan Surau adalah sangat
berminat untuk mengadakan kerjasama dalam program ini. Program ini adalah
menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan menyediakan
kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat.
3.0 KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN
GERHANA PENUH
1.
Cerapan
bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 102mm berjenama
Orion, teleskop ini akan diletak di atas mount
EQ5.
2. Rakaman gerhana bulan penuh ini
akan menggunakan Kamera Canon EOS
450D yang dilekapkan kepada
teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
3. Rakaman akan dibuat menggunakan
kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada
dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui
EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan
dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya
membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus
setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej bulan.
4. Imej rakaman akan terus dibuat
editing dan disimpan dalam folder.
5. Rakaman gerhana bulan akan di
pancar oleh LCD projector terus ke skrin putih,
6. bagi memudahkan orang ramai
melihat kejadian Gerhana Bulan Penuh ini.
4.0 FAEDAH
Program
ini adalah menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan
menyediakan kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat
setempat dan program ini juga bertujuan bagi memahirkan pegawai INSTUN dalam
pengendalian peralatan Teleskop yang baru diperolehi.
5.0 PERALATAN
1.
Teleskop Pembiasan 102mm
2.
Mount EQ5 with keypad
3.
Power stabilizer and power cable
4.
Kamera Canon EOS 450D, Canon Camera Adpter
5.
Notebook with EOS Utility software
6.
LCD Projector & Skrin Putih
6.0 LATIHAN CERAPAN
Latihan
cerapan akan dilaksanakan pada sebelah malam 23 Mac dan 24 Mac 2015, lokasi latihan
di mini observatory INSTUN. Bernula jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam,
Sunday, January 25, 2015
BERITA FALAK 1/2015
Susunan; Mahruzaman
Hj.Misran
BIAR ANGIN DAN HUJAN BERBICARA
Faktor mempengaruhi
Cuaca dan iklim di Malaysia, terdapat 4 faktor;
i) Kedudukan
ii) Angin dan Hujan
iii) Ketinggian dari Aras Laut dan
iv) Kepulauan
Di sini kita
fokuskan berkaitan Angin dan Hujan.
Angin Monsun Timur
Laut
Bagaimana angin
Monsun Timur Laut Terjadi? ia bermula pada bulan November dan berakhir pada
bulan Mac tahun berikutnya. Di Asia Tengah mengalami musim sejuk dan
menghasilakn satu kawasan tekanan udara tinggi dan dalam masa yang sama
pendalaman Australia mengalami musiam panas dan menghasilkan satu kawasan
tekanan udara rendah. Perbedzaan tekanan uadara menjadikan kawasan aliran udara
dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu angin bertiup
dari Asia Tengah ke Pendalaman Australia dan angim ini dinamakan Angin Monsun
Timur Laut. Angin ini bertiup dari Laut China Selatan dan membawa hujan bukit
yang lebat di kawasan tanah tinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Utara
Sabah, seluruh Sarawak dan tengah Banjaran Titiwangsa.
(Kenyataan di bawah
telah disampaikan oleh Ustaz Hapaiah Abd Razak, seorang tokoh Falak Negeri Johor
di Auditorium SUK Johor, beliau memberi taklimat ringkas berkaitan Fenomena
hujan lebat Monsun Timur pada 4 Disember
2014 jam 8:35 pagi)
21 Disember 2013
(17 safar 1435H)
Kemuncak musim
sejuk dengan kecondongan maksima di Selatan, angin sejuk dari kutub utara
seperti biasa begerak ke selatan menuju Khatulistiwa, akan tetapi tidak aktif
dan menantikan angin panas monsun Timur Laut. Angin sejuk ini bergerak perlahan
dan terbang rendah, manakala angin panas monsun timur laut terbang tinggi, maka
tiada pembenihan awan dan hujan tidak turun sehingga Rabiul Awal 1435, dan
ketika itu cuaca terasa sejuk sejak awal Januari 2014. Seluruh Negara terkejut
dengan cuaca sejuk sehingga berlaku kemarau, hujan tidak turun sehingga
pertengahan Februari 2014.
Tahun 2014, 21
Disember 2014 (28 safar 1436H)
Angin sejuk dari
Kutub Utara turun ke Khatulistiwa dengan aktif dan menantikannya Angin Panas
Monsun Timur Laut, lalu pembenihan awan begitu rancak, maka hujan lebat mulai
turun pada 21 disember 2014.
Sehingga bulan
November 2014 hujan hanya telah turun 2/3 kadar setahun, 1/3 belum turun lagi……jadi
bimbang hujan yang turun di akhir tahun ini adalah dalam kuantiti yang banyak,
mengikut Kitab Faid Al-Kadir syarah Kitab Hadis Al-Jami Al-Shaghir:
TIADALAH ANTARA SATU TAHUN DENGAN TAHUN SEBELUMNYA ITU MELAINKAN
KADAR TABURAN HUJAN ADALAH SAMA MENGIKUT KETENTUAN ALLAH SWT JUA
Maka sangat penting
bagi menilai kadar hujan tahunan.
Kemudian kita
perhatikan air sungai dan tanah, sekiranya nyata ada pencemaran sungai dan
tanah maka banjir akan berlaku.
Mengikut hadis Nabi
Muhammad saw (Kitab Tafsir AL-KASHAF Oleh Imam Al-Zawakshari);
APABILA BERLAKU BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN KEMARAU NESCAYA
BERLAKU PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN BUMI ALLAH SWT……
Oleh itu bencana
banjir tidak dapat dielakkan lagi, hujan lebat bakal dilimpahkan untuk
pemulihan sumber air, tanah dan udara di penempatan tersebut
Saturday, May 31, 2014
Thursday, July 25, 2013
Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H
Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H
Hari Raya Aidilfitri 1434 H adalah pada 1 Syawal 1434H
Bila 1 Syawal 1434H
Tarikh : 07 Ogos 2013 (29 Ramadhan 1434H)
Tempat Rukyah : PASIR PANJANG, PERAK
Matahari Terbenam : 19:32
Bulan Terbenam : 19:45
Umur Hilal : 13j 55m
Altitud Bulan pada 19:32 : 02 37 38
Jarak Lengkung (Bulan-matahari) : 07 29 01
Umur Hilal : 13j 55m
Altitud Bulan pada 19:32 : 02 37 38
Jarak Lengkung (Bulan-matahari) : 07 29 01
Kriteria Imkanur-rukyah
Kriteria
imkana-Rukyah ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Ramadan sebelum matahari
terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu
syarat-syarat berikut:
(a)
Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang
daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.
ATAU
(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan
tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).
Dari Data dan Kriteria Bila Hari Raya Aidilfitri 1434H?
Adalah tertakluk kepada Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja dan Matlak’ Negara berkenaan
Sunday, June 23, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)