Monday, May 11, 2015

GALAXY EXPLORATION WORKSHOP PERINGKAT NEGERI TERENGGANU PADA 24 - 25 APRIL 2015 DI SMK IBRAHIM FIKRI, TERENGGANU


GALAXY EXPLORATION WORKSHOP

Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Galaxy Exploration Workshop untuk peringkat Negeri Terengganu. Bengkel ini telah diadakan bertempat di SMK Ibrahim Fikri, Terengganu, bermula pada 24 April dan berakhir pada 25 April 2015. 28 Sekolah yang terpilih dari seluruh negeri Terengganu telah menyertai bengkel ini dengan 5 orang mewakili sekolah masing-masing, keseluruhan peserta adalah 140 orang pelajar dan 28 orang guru.


Program ini telah dikendalikan oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dengan kerjasama dari Institut Tanah dan Ukur Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu






 ATURCARA PROGRAM

24 April 2015
10.00 Pagi
Taklimat Bengkel Oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)
Dewan
10.30 Pagi
Ceramah 1 : Pengenalan Dan Pengendalian Teleskop
Encik Mahruzaman Misran (INSTUN)
Dewan
12.00 T/hari
Rehat/Solat Jumaat

2.30 Petang
Praktikal : Pengendalian Dan Penyelenggaraan Teleskop
Encik Mahruzaman Misran (INSTUN)
Dewan
4.00 Petang
Rehat / Solat Asar

5.00 Petang
Praktikal : Penentuan Arah Kiblat
Dewan/Dataran
7.30 malam

Solat Maghrib
Kuliah Maghrib : Keajaiban Astronomi nenurut Al-Quran
Solat Isyak
Masjid Al-Abrar
9.00 – 11.00 malam
Pencerapan Langit Malam
INSTUN
Jabatan Mufti Terengganu
Pusat Sains dan Kerativiti Terengganu
Dataran
25 April 2015
9.00 pagi
Ceramah : Fenomena Astronomi dengan Kemajuan Teknologi
Encik Mahruzaman Misran (INSTUN)
Dewan
11.00 pagi
Majlis Perasmian Penutup Oleh :
YB. Ghazali Bin Taib
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri
Dewan




Program Galaxy Exploration Workshop ini telah berjaya mencapai matalamatnya iaitu sebagai wadah permulaan bagi peserta-peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan Empat dari sekolah-sekolah yang terpilih dari seluruh negeri Terengganu . Program ini merupakan program penggalkan sains dan inovasi bagi Negeri Terengganu.

Peserta-peserta yang hadir telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang Astronomi ini, semuga dengan sedikit cetusan idea dari penceramah akan melahirkan satu letusan kepakaran dari Negeri Terengganu ini.

Kerjasama, minat dan kesungguhan dari semua peserta adalah memudahkan aliran pengetahuan telah dapat disuntik kepada semua peserta.







No comments: