Tuesday, December 8, 2009

SEDIKIT PANDUAN BERGUNA BAGI MEMULAKAN AKTIVITI MENDONGAK KE LANGIT


Langit malam adalah satu pemandangan semulajadi yang cantik, ketika ini ramai yang ketika memandang ke langit akan sesat oleh bertaburannya bintang yang begitu banyak dilangit, ini lebih memeningkan atau lebih bercelaru apabila setiap detik dan ketika ia akan berubah, perubahan ini berlaku dari jam ke jam dan dari musim ke musim.


Adakah perlu kita terus membeli teleskop bagi meneroka alam semesta ini ?. Adalah disarankan cuba guna mata kasar kemudian dibantu oleh binoculars. Binoculars adalah alat yang murah dan senang dibawa serta serbaguna selain dari laksanakan stargazing.


Bintang & Planet
Dalam langit malam, bintang yang dilihat oleh mata kasar adalah bersinar dan berkelip-kelip. Ini adalah kerana bintang berkenaan berada hampir dengan horizon akan berkelip dan bertukar warna. Ia nya berlaku bukan disebabkan oleh diri bintang itu, ianya disebabkan oleh atmosphere bumi.


Bintang berkeadaan pelbagai saiz, iaitu dari berbentuk gergasai kepada berbentuk debu. Warna bagi sesuatu bintang bergantung kepada suhu bagi bintang berkenaan. Pemerhatian bagi warna bintang adalah putih tetapi jika diperhatikan dengan teliti ia berwarna orange seperti Betelgeuse, Antares, Aldebaran dan Arcturus. Cuba perhatikan pula bintang Rigel, Spica dan Vega. Dengan menggunakan binoculars kita akan dapat membezkan warnanya lebih dari dengan menggunakan mata kasar.


Manakala objek yang sejuk seperti planet ia memperolehi cahaya daripada matahari. Planet bergerak dan mengorbit matahari. Empat daripada planet yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah Venus, Mars, Jupiter dan Saturn.


Lebih daripada 2000 biji bintang yang boleh kita perhatikan dengan mata kasar, tetapi tidaklah semua yang perlu kita kenal dan belajar, bagi permulaan cukuplah kita kenal bintang yang terang dan Buruj yang utama. Apabila kita telah kenal dengan sebahagian yang utama ini, barulah kita boleh petakan dalam pengelihatan dan fikran kita akan kedudukan bintang dan planet di atas kita ini.

Buruj.

-Langit dibahagikan kepada 88 section yang dikenali sebagai constellations (buruj).


-Buruj ini ada yang mudah dikenali antaranya Buruj Orion, Cassiopeia dan Crux. Terdapat juga yang sukar dikenali seperti Lynx dan Telescopium.


-Terdapat 12 Buruj Zodiak dimana matahari akan berada di mana Buruj ini melatari matahari pada bulan-bulan tertentu.


-Buruj yang berada pada Minthaqah Al-Burj (Zodiac) adalah: Chaml (Aries), Tsur (Taurus), Jauza’ (Gemini), Sarathan (Cancer), Asad (Leo), Sunbulah (Virgo), Mizan (Libra), Aqrab (Scorpio), Qaus (Sagittarius), Jadyu (Capricornus), Dalw’(Aqurarius), Hutt (Pisces).


-Buruj di luar Minthaqah al-Burj adalah banyak.

No comments: