Wednesday, December 9, 2009

2009 YANG BERLALU, AKU TETAP BERSAMA.

Aktiviti Kembara Falak sepanjang tahun 2009



1) Mengadakan Perkemahan Astronomi di mini observatory bersama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di INSTUN, pada 10 dan 11 April 2009.

2) Bengkel anjuran bersama Instun dengan Universiti Teknologi Malaysia pada 13 dan 14 April 2009, Unit Astronomi terlibat dalam modul Astronomi, amali di adakan di mini observatory.

3) Menyertai pameran sempena sambutan Hari Falak/Astronomi di Kompleks Falak Khawrizmi, jemputan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka pada 8 dan 9 Mei 2009.

4) Unit Astronomi menyertai sambutan ’100 hours Astronomy’ yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara, Kampus Arau Perlis pada 3, 4 dan 5 April 2009.

5) Mengadakan kursus Falak Syarie pada 23 hingga 26 Mac 2009 di Institut Tanah dan Ukur Negara, pencerapan langit malam di adakan di mini observatory.
6) Pada 23 hingga 27 Januari 2009 Unit Astronomi menyertai National Eclipse Tracker Team (NETT) bagi pengambaran dan kajian Fenomena Gerhana Matahari Cincin di Anyer, Indonesia.

7) Mengadakan sambutan International Year Of Astronomy 2009 (IYA2009) peringkat Jabatan pada 17 hingga 20 Mac 2009.

8) Bengkel Roket di Universiti Perguruan Sultan Idris pada 12 April 2009

9) Unit Astronomi telibat dengan ceramah sempena lawatan pelatih-Pelatih PLKN kem Geo Kosmo ke Instun pada 27 Mei 2009

10) Mengadakan program Astronomi bersama pelajar Ma’ahad Muhammadi Perempuan, Kota Baru Kelantan pada 29 dan 30 Mei di Mini Observatory Instun.

11) Unit Astronomi terlibat dengan Latihan Pencerapan untuk Gerhana Matahari Total pada 25 dan 26 Mei di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan pada 15 dan 16 Jun di Langkawi National Observatory.

12) Unit Astronomi terlibat dalam mengendalikan dan memberi ceramah yang dianjurkan oleh Mahad Muhammadiah (P), Kota Baharu, Kelantan pada 2 hingga 5 Julai 2009.

13) Pada 19 hingga 26 Julai 2009 Unit Astronomi menyertai National Eclipse Tracker Team (NETT) bagi pengambaran
dan kajian Fenomena Gerhana Matahari Total di Hangzhou, China.

14) Pada 10 dan 11 Oktober 2009 – Menjadi urusetia bagi Konvensyen dan Ekspo Astronomi peringkat Negeri Perak yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

15) Pada 19 dan 20 Oktober 2009 – Memberi ceramah dalam Bengkel Carta Bintang & Pengoperasian Teleskop di anjurkan Fakluti Sains & Teknologi Universti Pendidikan Sultan Idris untuk seramai 80 orang pelajar UPSI.

16) Pada 3 hingga 5 November 2009, terlibat secara langsung sebagai urusetia Seminar Islamic Astronomy yang diadakan di INSTUN.

17) Pada 6 November 2009 Terlibat bagi memberi ceramah Peta Bintang dan Cerapan Langit malam sempena Lawatan Pelajar Universti Teknologi Malaysia ke INSTUN.

18) Pada 6 November 2009 – Unit Astronomi menerima jemputan dari Sekolah Rendah batu 8, Sungai Sekiah bagi melaksanakan cerapan langit malam.

19) Pada 19 November 2009 – Unit Astronomi terlibat dengan aktiviti & pameran sempena GIS Day di NRE.

20) Pada 23 hingga 25 November 2009, terlibat dengan kajian Radio Astronomy oleh Universiti Malaya di INSTUN.

No comments: