- Hand-out dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya.
Menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Cincin adalah satu peluang yang jarang diperolehi oleh kebanyakan orang. Walaupun fenomena gerhana Matahari biasanya berlaku 2 kali setahun, namun ianya tidak akan berlaku di tempat yang sama untuk jangka waktu yang cukup lama. Oleh itu fenomena gerhana matahari cincin yang akan berlaku di Indonesia boleh dikatakan sebagai suatu latihan persediaan untuk menghadapi gerhana matahari penuh pada bulan Julai 2009 di Shanghai, China.
Untuk menghadapi Gerhana Matahari Cincin 26 januari 2009, pihak NETT telah bekerjasama aktif dengan Pihak Lembaga Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia (LAPAN), Institut Teknologi Bandong (ITB) dan Planetarium Jakarta. Pihak tersebut telah menyumbangkan banyak maklumat dalam bentuk bantuan data, bantuan teknikal dan local support sehingga terbitlah hand-out ini. Ini member peluang kepada NETT untuk bekerjasama secara pro-aktif pada masa depan dalam bentu aktiviti seperti ini.
Joko Satria Ardianto Tumiran Bilal &
Chin Wei Loon – Universiti Malaya
Gerhana Matahari berlaku ketika kedudukan bulan terletak di antara Matahari dan Bumi, sehingga menutup seluruh atau sebahagian cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil tetapi ia mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan berjarak purata 384,400 kilometer dari bumi lebih dekat dengan bumi jika dibandingkan dengan matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi.
Gerhana matahari dapat dibahagi menjadi tiga jenis iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana cincin/annula. Gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apa saat puncak gerhana cakera matahari ditutupi keseluruhan oleh cakera bulan. Ketika itu cakera bulan sama besar atau lebih besar daripada cakera matahari. Saiz cakera matahari dan cakera bulan adalah bergantung kepada jarak bumi-bulan dan bumi-matahari
Gerhana separa berlaku apabila disaat puncak hanya sebahagian dari cakera bulan dapat menutupi sebahagian dari cakera matahari. Gerhana cincin/annula juga berlaku apabila disaat puncak hanya sebahagian dari cakera bulan dapat menutupi cakera matahari di mana kejadiannya apabila saiz cakera bulan lebih kecil daripada cakera matahari. Ketika cakera bulan berada di depan matahari ia tidak dapat menutupi keseluruhan cakera matahari. Bahagian cakera matahari yang tidak ditutup oleh cakera bulan berada disekeliling cakera bulan dan kelihatan seperti cincin yang bercahaya.
Pada 26 Januari 2009 satu fenomena gerhana matahari cincin/annula akan berlaku. Gerhana ini akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India pada jam 4:57 UT dan berakhir pada sebelah barat Indonesia pada jam 11:00 UT.
Bagi kawasan yang terbaik untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari ini adalah di Indonesia yang terletak di daerah Tanjung Karang, Provinsi Lampung.
Seperti yang dicadangkan atas pelbagai pertimbangan oleh Lembaga Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia (LAPAN), Planetarium Jakarta dan Institut Teknologi Bandong (ITB), lokasi pilihan pencerapan gerhana matahari cincin ini terletak di Mercusur Anyer (Lighthouse 1885) dengan koordinat:
Longitud : 105˚ 53”
Latitud : 6˚ 04”
Ketinggian : 23 meter
GMT : +7 jam
Khusus untuk daerah Anyer yang terletak di Kabupaten Serang, Provinsi Banten, Indonesia proses gerhana Matahari bermula pada jam 15:20 (WIB) dan berakhir pada jam 17:51(WIB). Di daerah Anyer, cakera bulan akan menutup permukaan Matahari sebanyak lebih kurang 85% ketika maksimum. Manakala di daerah lain seperti Kuala lumpur, Malaysia cakera Bulan akan hanya menutup permukaan matahari sebanyak 64% sahaja (ketika maksimum)
Matlamat utama program penjejakan Gerhana matahari Cincin pada 26 januari 2009 adalah untuk melakukan pencerapan dan merekod proses gerhana Matahari Cincin. Perubahan di sekitar kawasan tempat cerapan juga dapat diperhatikan dari pelbagai peralatan yang akan digunakan. Hasil pencerapan akan dikaji dan dianalisa kemudian.
Senarai di bawah merupakan perancangan cerapan yang akan dilakukan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara pada gerhana tersebut:
Pengimejan keseluruhan proses gerhana dengan resolusi yang tinggi
Objektif : Mengkaji struktur cirian tepi Bulan dan menguji keperisian ramalan masa kelakuan gerhana matahari.
Peralatan : Kamera digital / Kamera CCD astronomi, teleskop, solar filter.
Mengambil imej keseluruhan proses gerhana dengan menggunakan teleskop yang dilengkapi dengan solar filter dan kamera digital / kamera CCD astronomi. Bagi pengambilan imej gerhana resolusi tinggi dengan menggunakan kamera digital SLR, jarak fokus teleskop yang sesuai adalah di antara 1000mm hingga 1500mm. Imej yang diambil boleh digunakan untuk mengkaji struktur cirian tepi bulan secara teliti.
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keperisian ramalan masa kelakuannya gerhana matahari dan sangat bergna untuk meramalkan masa berlakunya gerhana matahari pada masa depan. Hasil pencerapan kemudian boleh memberi satu gambaran seluruh proses gerhana matahari cincin yang berlaku.
Pengimejan landskap dengan multi-exposure
Objektif : Menghasilkan gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dengan perubahan fasa-fasa proses gerhana.
Peralatan : Kamera digital, wide-angle lens, kamera tripod, solar filter.
Menggunakan kamera digital, wide angle lens dan tripod kamera. Mengambil imej matahari setiap 5 minit atau 10 minit sekali. Imej-imej yang diambil kemudian digabungkan bersama untuk menghasilkan satu gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dan perubahan fasa-fasa proses gerhana.
No comments:
Post a Comment