Wednesday, February 21, 2018

PROGRAM GERHANA BULAN PENUH
PADA 31 JANUARI 2018 (15 JAMADILAWAL 1439H)
DI MINI OBESEVATORY JABBAL FALAK, INSTUN, 
TANJONG MALIM,PERAK

Oleh : Mahruzaman Misran

Pada malam 31 Januari 2018 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 06:51 petang, yang mana ketika itu bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasang bayang-bayang umbra pada jam 07:49 petang.

Fasa Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 08:52 malam sehingga 10:07 malam (1 jam 15 mint ) dan waktu kemuncak/Greatest Eclipse adalah pada 09:31malam. Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia:

Penumbral Eclipse Begins          : 10:51:15 UT = 18:51:15 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins                : 11:48:27 UT = 19:48:27 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins                   : 12:51:47 UT = 20:51:47 (Waktu Malaysia)
Greatest Eclipse                      : 13:31:00 UT = 21:31:00 (Waktu Malaysia) 
Total Eclipse Ends                     : 14:07:51 UT = 22:07:51 (Waktu Malaysia)
Partial Ecipse Ends                    : 15 :11:11 UT = 23:11:11 (Waktu Malaysia)

Penumbral Eclipse Ends            : 16:08:27 UT = 00:08:27 (Waktu Malaysia)  

PERANCANGAN PROGRAM CERAPAN
TARIKAH CERAPAN : 31JANUARI (RABU)
LOKASI CERAPAN : MINI OBSERVTORY JABAL FALAK
WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN : SELEPAS SOLAT ISYAK       


KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH
 1.    Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan diletak di atas mount
EQ5.
2.    Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS
450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
3.    Rakaman akan dibuat menggunakan kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej bulan.
4.    Imej rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder.

 FAEDAH
Program ini adalah menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan menyediakan kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat dan program ini juga bertujuan bagi memahirkan pegawai INSTUN dalam pengendalian peralatan Teleskop yang baru diperolehi.

PERALATAN
1. Teleskop Pembiasan 102mm
2. Mount EQ5 with keypad
3. Power cable
4. Kamera Canon EOS 450D, Canon Camera Adpter
5. Notebook with EOS Utility software 



  

No comments: