Transit Planet Venus
Transit Of Venus terjadi bilamana Planet Venus melalui antara Bumi dan Matahari
Transit Of Venus terjadi bilamana Planet Venus melalui antara Bumi dan Matahari
Fenomena ini dalam selang 8 tahun, 121.5 tahun, 8 tahun dan 105.5 tahun. Ia terjadi berpasangan dalam tempoh 8 tahun dan dituruti dengan jarak masa 100 tahun. Sebelum ia terjadi pada lapan tahun lalu iaitu pada 8 Jun 2004 ianya telh belaku pada 6 Disember 1882. Dalam masa terdekat ini transit of venus akan berlaku pada 6 Jun 2012 dan diikuti untuk masa yang mendatang pada 11 Disember 2117. (lihat rajah di atas)
Daripada maklumat di atas adalah dicadangkan kesempatan masa yang ada pada 6 Jun 2012 digunakan bagi melaksanakan beberapa kajian. Adalah agak sukar kerana kita terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 jika terlepas fenomena yang berlaku dalam tahun 2015 ini.
Kebolehnampakan Fenomena Transit Planet Venus
Gambarajah di atas menunjukkan kawasan di mana fenomena Transit of Venus dapat disaksikan dan seterusnya kajian dapat dilaksanakan. Melalui hitungan beberapa contoh bandar diambil bagi mencari lokasi yang terbaik untuk melaksanakan cerapan fenomena Transit Planet Venus. Lokasi bandar yang terpilih adalah Darwin di Australia, Semporna di Sabah, Kota Kinabalau di Sabah, Kuala Lumpur dan Kota Bahru, Kelantan.
Daripada kelima-lima lokasi tempat Bandar Semporna Baru, Sabah adalah dipilih bagi lokasi melaksanakan cerapan, rakaman dan kajian bagi fenomena ini, ianya disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:-
i. Tempoh Fenomena berlaku agak lama iaitu bermula jam 6:13 pagi sehingga jam 12:47 tengahari (tempoh ini sangat bersesuaian untuk melaksanakan penyelidikan.
ii. Kedudukan Geografi Bandar Semporna berdekatan dengan pantai menghadap ke Timur dapat menyaksikan matahari terbit awal, jika dirujuk pada data bermulanya transit planet Venus ini kedudukan altitude bagi matahari adalah +3.8 dan maksima bagi altitude matahari semasa proses transit adalah +70.7 dan ianya masih tidak terlalu mendongak.
iii. Kos kewangan yang murah jika dibandingkan dengan kajian jika dilaksanakan di Darwin, Australia. Walaupun dari segi langit di Darwin adalah kurang dilitupi awan jika dibandingkan dengan langit di Semporna, Sabah. Tetapi masalah ini mungkin tidak timbul disebabkan oleh kekuatan pancaran cahaya matahari pada ketika itu.
Peserta Modal Insan/Kajian
Peserta kajian adalah pegawai dan kakitangan dari Bahagian Ukur dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara yang terlibat secara lansung dengan kursus Falak/Astronomi dan terlibat dengan aktiviti Falak/Astronomi sepanjang tempoh tahun 2009, 2010 dan 2011, dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing agar dapat menyumbangkan peranan masing-masing secara maksimum dalam kajian ini. Adalah dicadangkan dua( 4 ) orang pegawai menyertai program ini.
Faedah
Kami optimis, sekiranya kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya ia mampu :
i. Meningkat nilai modal insan warga kerja INSTUN agar program latihan yang ditawarkan mempunyai nilai daya saing seterusnya mendapat permintaan dari pelanggan.
ii. Meletakkan INSTUN di dalam komuniti penggiat Ilmu Falak dan Astronomi dan seterusnya menjadikan INSTUN sebagai institusi rujukan di dalam bidang Ilmu Falak.
iii. Mendedahkan kepada peserta tentang ilmu falak dan astronomi dengan lebih tepat melalui aktiviti kajian yang akan dijalankan.
iv. Kajian ini mampu menjadi contoh dan model kepada mereka yang masih belum mengetahui tentang astronomi. Ini secara tidak langsung akan mengalakkan lagi mereka untuk menceburi dan mendapatkan maklumat
Penutup
Adalah menjadi harapan agar kajian ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kejayaan ini mampu membantu pelbagai pihak dalam memacu kecemerlangan dalam proses mengungguli Ilmu Astronomi ini.
Disediakan Oleh:
Mahruzaman Misran
Penyelaras Program Ukur dan Pemetaan
Institut Tanah dan Ukur Negara
mahruz@instun.gov.my 019-5737731, 05-4542825 ext 3043
No comments:
Post a Comment