Sunday, May 29, 2011

GERHANA BULAN PENUH PADA 16 JUN 2011



Bumi dan bulan akan membentuk bayang apabila disinari oleh matahari. Bayang yang terbentuk adalah cukup panjang. Bila bulan beredar mengelilingi bumi dan merentas bayang bumi, cahaya matahari akan terhalang daripada terpancar terus ke atas permukaan bulan. Gerhana yang terhasil adalah gerhana bulan. Gerhana bulan hanya berlaku ketika bulan purnama sahaja dan bukannya ketika fasa-fasa bulan yang lain. Ini kerana pada ketika purnama bulan, bumi dan matahari dalam keadaan segaris.

Bayang yang terhasil oleh bumi adalah empat kali lebih panjang daripada bulan kerana perbezaan dari segi saiz kedua-dua. Panjang fizikal bayang yang terhasil dapat dikira dari jarak bumi dan bulan dari matahari. Oleh kerana panjang bayang bumi adalah terlalu panjang dan lebar maka bulan dengan senang dapat memasuki ruang bayang bumi.

Bayang bumi yang terbentuk adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu Penumbra dan Umbra. Penumbra adalah ruang bayang bahagian luar dan tidak menghalang cahaya matahari sepenuhnya daripada jatuh ke atas permukaan bulan, manakala ruang umbra adalah bahagian bayang bumi yang tengah dan menghalang terus cahaya matahari daripada sampai ke bulan. Seperti juga gerhana matahari, gerhana bulan juga mempunyai sifat gerhana penuh atau separa. Ianya bergantung kepada ruang bayang yang manakah telah dilalui oleh bulan tersebut. Gerhana separa bulan adalah apabila hanya melalui kawasan penumbra. Gerhana penuh bulan pula adalah apabila bulan melalui kawasan umbra.



Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan cahaya ke semua arah. Selain daripada bahagian umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias. Dalam ruang tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon itu adalah bumi dan hujungnya menuju ke bulan, manakala penumbra pula adalah kon yang terbentuk hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak pada suatu jarak yang jauh.

Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang untuk menutupi permukaan bulan.

Pada awal pagi 16 Jun 2011 , penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.

Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi. Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.


Moon enters penumbra: 16 Jun 2011 01:22:52
Moon enters umbra: 16 Jun 2011 02:22:24
Start of totality: 16 Jun 2011 03:21:57
Maximum eclipse: 16 Jun 2011 04:12:24
End of totality: 16 Jun 2011 05:02:50
Moon leaves umbra: 16 Jun 2011 06:02:22
Moon leaves penumbra: 16 Jun 2011 07:02:02

Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712

Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

2 comments:

Under Age said...

subbanallah..kekuasaan SANG PENCIPTA...

Under Age said...

adakah ini membawa sebarang tanda-tanda...