Monday, June 1, 2009

Mahad Muhammadi, Kelantan di Jabal Falak











Pada 29 dan 30 Mei 2009 Jabal Falak telah menerima kunjungan Mahad Muhmmadi dari Kota Bharu, Kelantan. Kami mengucapkan salam berbahagia semuga ikatan yang terjalin akan berterusan dan harapan kami adik-adik adalah pewaris ilmu falak semuga sedikit ilmu dari kami akan menjadi sebagai pemangkin bagi meneroka ilmu falak yang luas terbentang. Terima kasih jua untuk abang Aziz (mymoon) dan adik Jannah dari Kuala Lumpur kerana bersama-sama menjayakan program Astronomi/Falak di Instun.

Teluk Kemang - Cinta Pandang Pertama





Ardul Al-Balad memang menanti tika untuk bertemu dengan Baitul Hilal di Teluk Kemang, yang banyak menyimpan sejarah kenampakan anak bulan. Tapi kunjungan ardu al-balad ke Teluk Kemang adalah dalam latihan bagi persediaan pencerapan gerhana matahari, petang 25 Mei 2009 ardul al-balad tetap bersama dengan pencerap JUPEM, JAKIM, UM, Jab.Mufti Selangor dan Jab.Mufti Pulau Pinang bagi membuat cerapan Hilal, cuma ardul al-balad tidak lah membawa peralatan yang cukup lantas dapat menumpang suasana sudah dikira terukir nama di Teluk Kemang.

Wednesday, April 22, 2009

Sekitar Sambutan IYA2009 di INSTUN



PAMERAN DAN KUIZ FALAK






CERAPAN MALAM DI MINI OBSERVATORY JABAL FALAK









BENGKEL ROKET AIR UNTUK ANAK-ANAK INSTUN





























Tuesday, April 21, 2009

UTM International Campus Kuala Lumpur










2 malam bersama siswa UTM International Campus Kuala Lumpur di Jabal Falak, malam pertama dalam kelas dengan pendedahan mengenai objek di Angkasa, pengenalan teleskop dan Astrofotografi tidak dapat buat aktiviti di luar kerana hujan mencurah-curah dan juga siswa UTM agak keletihan disebabkan senamrobik pada sebelah petang. Malam kedua dengan penuh bersemangat melangkah ke Jabal Falak dan belajar mendirisiapkan teleskop sama ada dengan fork mounth ataupun dengan Equtorial mounth disamping mengenali teleskop dengan lebih dekat dan belajar mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR. Tetapi planet yang ditunggu sehingga jam 2.00 pagi tidak timbul kerana lapisan awan agak tebal. Adalah diharap mereka dapat belajar serba sedikit dari ilmu yang dicurah.

Monday, April 13, 2009

Bengkel Roket Kelab Astronomi UPSI







Pada 12 April 2009 Ardul Al-Balad dijemput untuk memberi penerangan kaedah membuat roket, alhamdulilah semua roket dapat dilancarkan dengan jayanya, tahniah untuk semua.

Friday, March 13, 2009

What the Qur'an says on astronomy .

By: Mahruzaman Misran (Ardul Al-Balad)

1) Big Bang - Creation of the heavens and earth:

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًافَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ

"To Him is due the primal origin of the heavens and the earth; when He decrees a matter He said to it: "Be"; and it is." (2:117)

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.(2:117)

2) Stars are fixed to guide the travelers in the land and the sea:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَافِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِلِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ


"And it is He who ordained the stars for you that you may be guided thereby in the darkness of the land and the sea." (6:97)

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui (6:97)


3) Judgment Day:

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

"One day the Earth will be changed to a different Earth and so will be the Heavens and (men) will be marshalled forth before Allah the One the Irresistible." (14:48)

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa (14:48)
4) Constellations:

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

"And verily in the skies We have set constellations and beautified it for beholders." (15:16)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.(15:16)