Friday, July 17, 2009

National Eclipse Tracker Team (NETT) di Langkawi

Pada 16 hingga 17 June anggota NETT telah mengadakan sessi latihan di Langkawi Observatory bagi persediaan cerapan Gerhana Matahari Penuh di China. Kembara Falak telah hadir bagi sessi latihan berkenaan disamping dapat bertukar pengalaman dan cadangan bagi menempuh pengambaran yang sebenar di China.


















Monday, June 1, 2009

Mahad Muhammadi, Kelantan di Jabal Falak











Pada 29 dan 30 Mei 2009 Jabal Falak telah menerima kunjungan Mahad Muhmmadi dari Kota Bharu, Kelantan. Kami mengucapkan salam berbahagia semuga ikatan yang terjalin akan berterusan dan harapan kami adik-adik adalah pewaris ilmu falak semuga sedikit ilmu dari kami akan menjadi sebagai pemangkin bagi meneroka ilmu falak yang luas terbentang. Terima kasih jua untuk abang Aziz (mymoon) dan adik Jannah dari Kuala Lumpur kerana bersama-sama menjayakan program Astronomi/Falak di Instun.

Teluk Kemang - Cinta Pandang Pertama





Ardul Al-Balad memang menanti tika untuk bertemu dengan Baitul Hilal di Teluk Kemang, yang banyak menyimpan sejarah kenampakan anak bulan. Tapi kunjungan ardu al-balad ke Teluk Kemang adalah dalam latihan bagi persediaan pencerapan gerhana matahari, petang 25 Mei 2009 ardul al-balad tetap bersama dengan pencerap JUPEM, JAKIM, UM, Jab.Mufti Selangor dan Jab.Mufti Pulau Pinang bagi membuat cerapan Hilal, cuma ardul al-balad tidak lah membawa peralatan yang cukup lantas dapat menumpang suasana sudah dikira terukir nama di Teluk Kemang.

Wednesday, April 22, 2009

Sekitar Sambutan IYA2009 di INSTUN



PAMERAN DAN KUIZ FALAK






CERAPAN MALAM DI MINI OBSERVATORY JABAL FALAK









BENGKEL ROKET AIR UNTUK ANAK-ANAK INSTUN





























Tuesday, April 21, 2009

UTM International Campus Kuala Lumpur










2 malam bersama siswa UTM International Campus Kuala Lumpur di Jabal Falak, malam pertama dalam kelas dengan pendedahan mengenai objek di Angkasa, pengenalan teleskop dan Astrofotografi tidak dapat buat aktiviti di luar kerana hujan mencurah-curah dan juga siswa UTM agak keletihan disebabkan senamrobik pada sebelah petang. Malam kedua dengan penuh bersemangat melangkah ke Jabal Falak dan belajar mendirisiapkan teleskop sama ada dengan fork mounth ataupun dengan Equtorial mounth disamping mengenali teleskop dengan lebih dekat dan belajar mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR. Tetapi planet yang ditunggu sehingga jam 2.00 pagi tidak timbul kerana lapisan awan agak tebal. Adalah diharap mereka dapat belajar serba sedikit dari ilmu yang dicurah.

Monday, April 13, 2009

Bengkel Roket Kelab Astronomi UPSI







Pada 12 April 2009 Ardul Al-Balad dijemput untuk memberi penerangan kaedah membuat roket, alhamdulilah semua roket dapat dilancarkan dengan jayanya, tahniah untuk semua.