Thursday, November 18, 2010

PENGENALAN KEPADA TELESKOP RADIO KECIL DI INSTUN


Bidang radio astronomi mungkin masih baru di Malaysia mendorong pengenalan kepada bidang ini giat dijalankan. Oleh itu, wujudnya usaha untuk membangunkan satu teleskop radio kecil di Malaysia yang berkebolehan mendapatkan data garisan kontinum dan garisan spectra dalam L-band (1.42GHz). Kit radio astronomi ini menyediakan segala yang diperlukan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar dan amatur-amatur bidang radio astronomi ini.


Small radio telescope (SRT) atau teleskop radio kecil adalah alat mengajar yang sesuai dimana ia melibatkan gabungan teknologi kejuruteraan gelombang mikro dan pengkomputeran digital. Gabungan ini membolehkan data-data astronomi, pemprosesan isyarat digital, pembangunan perisian & analisis dijalankan serentak. Teleskop radio kecil ini merupakan sebuah satelit parabola berstandard 2.3 meter diameter dan dilancarkan di atas Az-El mount bermotor sepenuhnya. Susunan mount yang unik ini membolehkan pemerhati melaksanakan ukuran kuasa penuh (total power measurements) dan pemetaan kontur. Perisian juga telah disediakan untuk mengawal antenna dan sumber-sumber terpilih.


Pemilihan lokasi untuk menempatkan radio teleskop ini telah dilakukan dan dipilih berdasarkan Gangguan Frekuensi Radio (Radio Frequency Interference) yang rendah semasa kajian RFI dijalankan. Melalui kajian tersebut, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang terletak di Behrang, Tanjung Malim, Perak mempunyai tahap signal lantai (floor noise) yang paling rendah.

No comments: