Thursday, November 18, 2010

KAJIAN RFI UNTUK BIDANG ASTRONOMI RADIO DI INSTUN ,PERAK


Malaysia yang sedang menuju ke arah pemodenan global, sektor perindustrian bersaing hebat untuk meningkatkan potensi penggunaan dalam teknologi, telekomunikasi, dan sektor penyiaran yang telah menyumbang kepada kesesakan peruntukan spektrum frekuensi (frequency spectrum allocation). Lantaran itu , usaha pertama yang telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia ialah mengkaji gangguan frekuensi radio (RFI) di bawah atmosfera dan juga untuk mempunyai pemetaan RFI yang pertama di Semenanjung Malaysia.


Kepentingan mengkaji tahap RFI di lokasi yang berpotensi untuk mendalami dan menganalisis spektrum di muka bumi dan kategori tahap RFI di Semenanjung Malaysia. Ramai yang telah memberikan tanggapan yang salah berkenaan bidang astronomi radio. Mereka beranggapan bahawa astronomi radio adalah berkenaan mendengar bunyi dari luar angkasa tetapi hakikatnya bidang ini mengkaji dan menemui objek-objek di angkasa yng tidak dapat dilihat dengan menggunakan teleskop optikal dengan menggunakan gelombang radio. Tidak semua objek-objek angkasa dapat dilihat dengan mengunakan teleskop optikal kerana diselindungi awan dan gas-gas ,serta debu.


Radio astronomi adalah salah satu daripada kajian astronomi pelbagai panjang gelombang sebagai alternatif bagi astronomi optikal dari pencerapan di muka bumi untuk objek angkasa. Sejarah awal penemuan bidang kajian radioastronomi ini bermula apabila Karl Jansky menemui pusat galaksi Bima Sakti dan penyelidikan didalam bidang radioastronomi mula berkembang selepas penemuan bukti teori permulaan alam semesta yakni Letupan Besar (Big Bang) pada tahun 1954 melalui Gelombang Mikro Kosmik Latar Belakang (Cosmic Micro Background) (CMB) ) .


Rangkaian Astronomi Asia Tenggara (SEAAN) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan mesyuarat pertama dijalankan pada tahun 2007 di Mesyuarat Astronomi Kebangsaan Thai di Bangkok ,Thailand. Objektif rangkaian ini adalah untuk mekanisme yang berkesan untuk memupuk dan berkongsi pembangunan serta pengalaman yang berkaian didalam penyelidikan astronomi di Asia Tenggara. Penubuhan rangkaian ini juga amat penting bagi melengkapkan kawasan Asia Tenggara yang tiada sebarang aktiviti penyelidikan berkaitan radioastronomi. Perjumpaan yang pertama yang julung kali diadakan oleh Kumpulan Kerja Radio Astronomi di Chiang Mai pada tahun 2009 dibawah kelolaan Institut Penyelidikan Astronomi Kebangsaan Thailand (NARIT). Misi ,visi kumpulan kerja ini adalah bertujuan untuk menjadi sebahagian daripada Global Very Long Baseline Interferometer (VLBI ) dan juga Square Kilometre Array (SKA). Perkara utama yang melibatkan kajian jirim gelap di angkasa (dipelopori oleh kumpulan Malaysia), Masers (dipelopori oleh kumpulan Thailand) dan mungkin Pulsar & lohong hitam (dipelopori oleh kumpulan Indonesia).


Seorang pelajar dari Universiti Ubon Rajthanee di Thailand telah datang ke INSTUN dan mempelajari teknik-teknik dan cara pemasangan teleskop di INSTUN pada 3 Jun 2010 .

No comments: