Saturday, July 18, 2009

Kembara Falak bersama Mahad Muhammadi (P).

Pada 2 Julai Kembara Falak telah mengunjungi Mahad Muhammadi (P) atas undangan Persatuan Falak sekolah berkenaan. Pagi-Ceramah Pengenalan Falak (8.30 pagi hingga 12:15tgh), Petang- Bengkel membuat Roket (2:00 hingga 4:30 ptg) Melancarkan Roket (5:00ptg hingga 7:00 ptg) dan Cerapan langit malam (9:00mlm hingga 12:00mlm)


Ardul al-balad mengucapkan terima kasih kepada semua anak-anak
SECARA RINGKAS PEMBENTUKAN TAKWIN ISLAM
Takwin Hijriah

Bermula diperkenalkan pada tahun keempat pemerintahan Khalifah Saidina Umar Ibn Alkhattab dalam tahun 638 M.

Tarikh permulaan Takwin Hijriah sempena penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 M. Permulaan bulan pertama tahun Hijriah berasakan falak dengan melihat hilal Muharam.

Kalendar Miladiah
Walaupun diasaskan kepada Kalendar Julian yang telah diperkenalkan sejak tahun 46 SM, namun hanya mula digunakan secara rasmi selepas beberapa pengubahsuaian oleh Pope Gregory XIII pada tahun 1582 M (di mana tarikh 5 Okt 1582 telah diikuti oleh 15 Okt 1582). England mula guna takwin ini pada tahun 1752 M ( di mana tarikh 2 Sep diikuti dengan 13 Sep 1752 M).
Dikenali juga sebagai Tahun Gregorian.

Pembentukan Takwin adalah berasaskan kepada sistem peredaran bulan mengelilingi bumi dan pengorbitan bumi terhadap matahari.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Yasin: 5 yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya tempat-tempat bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan waktu ……”

Hari;
Firman Allah S.W.T. dalam surah Al Israk: 12 yang bermaksud: “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas”.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Yasin: 40 yang bermaksud: “Tidak mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edaranya”

Bulan;
Firman Allah S.W.T. dalam surah Yasin: 39 yang bermaksud:
“Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah (laluan peredarannya), sehingga (setelah ia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang tua.”
Tahun;
Firman Allah S.W.T. dalam surah Al Taubah: 36 yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas (12) bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram ……”

Empat (4) aspek astronomi atau falak yang berkaitan dengan peredaran bulan dan matahari dalam penentuan permulaan waktu: matahari terbit dan terbenam, bulan terbenam, ijtimak dan kenampakan hilal.

Kaedah Penetapan Awal Bulan Hijriah
Rukyah Hakiki ; Berdasarkan kepada kenampakan hilal secara fizikal samada dengan mata kasar ataupun bantuan alat pencerapan. Jika hilal tidak kelihatan pada petang 29 hb., maka digenapkan 30 hari bagi bulan berkenaan.

Falak Hakiki ;Berasaskan “kenampakan” kiraan semata-mata hasil pengiraan astronomi meliputi tarikh dan waktu ijtimak, kedudukan hilal ketika matahari terbenam.

Rukyah dan Falak ;Gabungan Rukyah Hakiki dan Falak Hakiki, Rukyah masih menjadi hukum asas syarak, Falak/astronomi bantu meramalkan “kenampakan” hilal.

Perkembangan Takwin Islam di Malaysia

Takwin Istilahi (sebelum tahun 1985 M)
-Digunakan dalam urusan pentadbiran.
-Awal bulan ditentukan secara hisab dan bilangan hari ditetapkan secara selang seli diantara 29 dan 30 hari bagi tahun biasa. Bagi tahun lompat, bulan Zulhijjah dijadikan 30 hari.

Takwin Ijtimak Hakiki (1986 – 1990).
-Penentuan awal bulan tertakluk kepada waktu ijtimak berdasarkan kiraan falak/astronomi.
-Digunakan bagi penentuan semua bulan kecuali bulan Ramadan dan Syawal.

Takwin Wujudul-Hilal (1991 – 1993).
Penentuan awal bulan perlu memenuhi dua kriteria iaitu:
i. Peristiwa ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam;
ii. Hilal masih berada di atas ufuk ketika matahari terbenam.

Takwin Imkanur-rukyah (mulai 1994)
-Penentuan awal bulan berdasarkan rukyah dan hisab mengikut kriteria ketetapan “kenampakan” hilal dengan merujuk kepada ketinggian dan jarak lengkung hilal-matahari serta umur hilal semasa matahari terbenam.

-Apakah kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan hilal)?
Istanbul, Turki (1978).
i. Altitud bulan ³ 5° dari ufuk;
ii. Jarak lengkung bulan-matahari ³ 8°

-Mulai 1984, kriteria tambahan – umur hilal ³ 8 jam semasa matahari terbenam.
-Mesyuarat MABIMS di Labuan (1992) menerima pakai penetapan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah menggunakan kriteria berikut:
i. Altitud hilal ³ 2° dan jarak lengkung bulan-matahari ³ 3°; ATAU
ii. Umur hilal ³ 8 jam semasa matahari terbenam.
-1996 – JT Kalendar Islam Kebangsaan syorkan diperluaskan kepada semua bulan lain.



Anak-anak pewaris ilmu

Melihat matahari pagi

al-kisah Astrofotografi

malam yang indah -ada bulan, Saturn, Jupiter

Bengkel Roket - 22 roket semuanya telah berjaya dilancarkan
SEJARAH RINGKAS MENGENAI KAJIAN ILMU FALAK
•Pemerintahan Khalifah Abbasiyyah (Abu Jaafar Al-Mansur) telah meletakkan ilmu falak pada kedudukan yang ketiga selepas Ilmu Tauhid serta Fiqh, dan Ilmu Kedoktoran.
•Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus sahaja tetapi lebih daripada itu. Ia adalah sebagai asas kepada perkembangan bidang-bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya.
•Muhamad Al-Fazari merekacipta astrolabe, iaitu satu alat untuk mengukur sudut. Alat ini sebenarnya adalah merupakan asas kepada perekaan alat tiodolait dan teleskop moden hari ini.
•Pada zaman Khalifah Al-Makmun lahirnya konsep balai cerapan astronomi (observatory). Kajian astronomi dibuat secara sistematik dan natijahnya satu jadual kedudukan bintang-bintang diterbitkan yang dikenali sebagai Daftar Al-Makmun (Tables of Al-Makmun).
•Pada zaman ini juga telah lahir beberapa tokoh ilmu falak Islam umpamanya Thabit bin Qurrah, Abu Abdullah Muhamad bin Jabir bin Sinan al-Hirany al-Battani al-Syaiby (lebih dikenali sebagai Al-Battani), Muhamad bin Musa al-Khawarizmi (dikenali sebagai Al-Khawarizmi) dan lain-lain lagi.

•Thabit bin Qurrah mempunyai balai cerapnya sendiri di Baghdad. Al-Battani pula adalah orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani telah membuat hitungan tentang tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat. Perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh tersebut sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat.

•Dalam abad ke 10, lahir seorang ahli falak di Mesir yang bernama Ali bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Ibn Yunus (meninggal 1009 M). Ibn Yunus telah menerbitkan satu jadual yang amat berguna tentang pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mana mengikut satu artikel dalam (David A. King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus ‘Very Useful Tables for Reckning Time by The Sun’.
•Ibn Yunus telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet-planet. Hasil kajian Ibn Yunus tadi, telah menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S. Newcomb (1878) dan R. Newton (1970), yang digunapakai sehingga hari ini.

•Satu lagi usaha yang penting kepada perkembangan astronomi termasuk astronomi Islam (mengikut takrif David A. King) yang telah dibuat oleh Ibn Yunus adalah menyediakan jadual waktu perjalanan matahari (ketara) yang mengambil kira faktor biasan udarakasa pada ufuk.
•Ilmu astronomi yang berkisar bagi perhitungan waktu berdasarkan pergerakan matahari dan juga bintang-bintang yang dalam bahasa Arab dikenali sebagai ‘ilm al-miqat’. Individu yang terlibat di dalam aktiviti berkaitan dikenali sebagai muwaqqit.

Friday, July 17, 2009

Kembara Falak di Kota Bharu, Kelantan

Awal Julai 2009 Kembara Falak berkesempatan mengunjungi Kota Bharu dan terima kasih kepada Dr Rowi kerana kami bermalam di rumah persinggahan Dr. dan kami rasa teruja dengan tempat yang aman lagi damai. Tapi malam itu hujan.....tiada cerapan malam dilaksanakan oleh itu yang ada cuma rakaman jalan-jalan cari makan.


Layang-layang memburu bulan, adakah kesampaian

Kawad cam....bro Radzi





Dutz dan Cassini



seronoknya berniaga

Mandi laut wanita solehah

Sukar kepala hendak mencecah air

Teringat zaman kanak-kanak....terjun susah hendak timbul
Dutz....menghayati isi hati durian

National Eclipse Tracker Team (NETT) di Langkawi

Pada 16 hingga 17 June anggota NETT telah mengadakan sessi latihan di Langkawi Observatory bagi persediaan cerapan Gerhana Matahari Penuh di China. Kembara Falak telah hadir bagi sessi latihan berkenaan disamping dapat bertukar pengalaman dan cadangan bagi menempuh pengambaran yang sebenar di China.