Wednesday, September 16, 2009

Kembara Falak di UITM Perlis

Sekitar 100 Hours Of Astronomy yang berlangsung di UITM Perlis pada April 2009,
gambar oleh DUTAZ
Banyak perkara yang hendak dikongsi bersama saudara Azam

Bercerita Falak dengan siswa UITM

CK Lim, banyak belajar dengan CK yang kaya dengan Ilmu

Bro Har dengan Bro Zizi

Mencari Kordinit Lokasi

Sahabat dari JUPEM

Ardul Al-Balad

Bila hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal 1430H)



Rukyah Hilal bagi menentukan awal bulan Syawal 1430 Hijrah akan dilaksanakan pada petang Sabtu 19 September 2009 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1430 H. Data Rukyah bagi Teluk Kemang, Negeri Sembilan adalah seperti berikut:-

Matahari Terbenam pada : 19:10
Azimuth matahari : 271°22'11
Altitude Bulan Ketika Matahari Terbenam : 04°28'21
Azimuth Bulan : 263°08'11 (posisi kiri matahari)

Bulan Terbenam pada : 19:31
Azimuth Bulan Ketika Terbenam : 263°17'35

Umur Hilal : 16 j 47m
Ijtimak : 02:44 (19.9.2009)

Jawatankuasa Kajisemula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria IMKANUR-RUKYAH baru kepada MABIMS dan telah dipersetujui untuk diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ke-tiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari tebenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

i. Ketika matahari terbenam, tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang 3°
Atau
ii. Ketika hilal terbenam, umurnya tidak kurang dari 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Bila hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal 1430H) di atas ada jawapannya.

Matahari Bersinar Bulan Bercahaya


Matahari Bersinar
Bulan Bercahaya

Berdiri dalam kekabutan
Kegelapan malam
Berdiri mendongak ke Langit
Tanpa jejak kaki ke Bumi
Mendamba KeIkhlasan Semesta Alam

Sinar pagi yang melata
Rezeki bertebaran dimana-mana
Usaha tanpa leka dan reda
Meneroka pancarannya
Hari indah kurniaan Pencipta

Matahari Bersinar
Bulan Bercahaya

Cahaya malam purnama
Cahaya redup yang indah
Berkocak air di Lautan
Pasti ada Pasang Surutnya
Mencorak warna Alam

Matahari terus bergelora
Di Ufuk sinar menjadi jingga
Malam yang tiba
Menabur seribu cerita Alam Semesta

Matahari Bersinar
Bulan Bercahaya

Sajak oleh :
Mahruzaman Misran
Instun.

Tuesday, September 8, 2009

GERHANA MATAHARI TOTAL DI HANGZHOU


GERHANA MATAHARI TOTAL DI HANGZHOU, CHINA.

Gerhana matahari penuh yang merupakan salah satu daripada bidang kajian ini adalah di antara fenomena alam yang paling menakjubkan. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan beredar melalui di antara Bumi dan Matahari. Bayang Bulan akan jatuh ke atas Bumi dan seseorang individu yang berada di dalam bayang Bulan akan melihat Matahari ditutup oleh Bulan. Cahaya Matahari hilang dan tiba-tiba waktu siang menjadi malam. Hanya pada masa gerhana matahari penuh sahaja, merupakan satu-satunya peluang bagi ahli-ahli sains dan astronomi melakukan kajian terhadap atmosfera Matahari dari permukaan Bumi. Kajian terhadap atmosfera Matahari adalah penting bagi memahami sepenuhnya sifat-sifat fizik dan kejadiannya.

Fenomena gerhana matahari penuh jarang berlaku di Malaysia. Kali terakhir berlaku ialah pada tahun 1995 di Sabah dan yang akan datang pada tahun 2042 di Sabah dan Sarawak. Menurut fakta, gerhana matahari berlaku pada setiap tahun tetapi bukan setiap kali dapat dilihat di Malaysia. Oleh itu, kajian terhadap gerhana matahari perlu melibatkan perjalanan ke luar negara, ke kawasan di mana “bayang bulan” akan melaluinya

Gerhana matahari penuh yang berlaku di China pada 22hb Julai 2009 (Rabu). “Bayang Bulan” akan mula menyentuh permukaan Bumi di India Barat pada pukul 8:51 pagi (Waktu Malaysia) dan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, China, seterusnya ke Lautan Pacifik. “Bayang Bulan” meniggalkan Bumi pada pukul 12:19 tengahari (Waktu Malaysia). Keseluruhan proses gerhana selama 3 jam 28 minit. Sepanjang perjalanan “bayang bulan” melalui permukaan Bumi, terdapat 2/3 melalui Lautan Pacifik, hanya 1/3 melalui kawasan daratan sahaja.

Satu keistimewaan gerhana matahari penuh tahun 2009 ini adalah masa totalitinya yang paling lama pada abad ke-21 ini iaitu sepanjang 5 minit 56 saat dan dapat dicerap di kawasan sekitar Hangzhou, China. Ini akan memberikan masa yang lebih bagi para ahli sains dan astronomi dari seluruh dunia untuk membuat cerapan dan mengambil data dengan lebih banyak.



Merujuk pada gambarajah di atas, garisan dan bulatan yang berwarna biru menunjukkan kawasan di mana fenomena gerhana matahari penuh dapat dilihat. Pada setiap posisi bulatan biru itu bersertakan label bagi menunjukkan masa dan selang masa totaliti. Semakin timur seseorang individu itu berada dalam kawasan berwarna biru, semakin lama masa totaliti dapat dicerap. Dua bandar besar di China iaitu Shanghai dan Hangzhou, berada pada kedudukan yang strategik dalam kawasan tersebut dan mempunyai masa totaliti paling lama sepanjang “bayang bulan” bergerak di kawasan daratan iaitu selama kira-kira 5 minit 56 saat.

Perancangan Ekspedisi
Memandangkan masa totaliti gerhana matahari penuh 2009 ini agak panjang, Bahagian Ukur dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara telah bekerjasama dengan Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Universiti Malaya dan Kumpulan Penjejak Gerhana Kebangsaan (NETT) telah mengadakan ekspedisi cerapan Gerhana Matahari Penuh di Hangzhou, China bagi tujuan pengambilan data penyelidikan astronomi. Proses gerhana penuh (ketika totaliti) di sekitar kawasan Hangzhou adalah lebih daripada 5 minit.