Sunday, October 2, 2011

PROPOSAL PENYELIDIKAN GERHANA MATAHARI PENUH DI QUEENSLAND, AUSTRALIA 13 NOVEMBER 2012



Pengenalan



Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) sebuah instiusi latihan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menjalankan Latihan/Kursus dalam disiplin Ukur dan Pemetaan juga Perundangan Tanah yang beropersi di kampusnya di Tanjung Malim Perak. Di dalam bidang ukur dan pemetaan sains astronomi adalah di antara cabang bidang ini yang agak penting.
Melalui Seksyen Astronomi, Bahagian Ukur dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara, selain menyediakan kursus di dalam bidang Astronomi seksyen ini juga terlibat dengan beberapa kajian antaranya Kajian Kebolehnampakan Hilal (anak bulan) iaitu Kajian Rukyah di tanah tinggi dan kajian rukyah di Baitul Hilal di Pasir Panjang, Perak (tapak rasmi cerapan Hilal negeri Perak) juga membuat kajian bagi Astrofotografi. Bagi tahun 2011 seksyen ini terlibat secara langsung dengan 12 aktiviti berkaitan Astronomi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk peserta program latihan yang berkursus di INSTUN, membantu Universiti Malaya dalam penyelidikan Radio Astronomi, program berkaitan dengan astronomi/falak syarie dengan IPTA/IPTS, program khidmat masyarakat untuk penduduk sekitar INSTUN, juga terlibat dengan pameran di seluruh Malaysia yang mana disamping memberi pengetahun berkenaan Astronomi juga dapat memperkenalkan INSTUN.
Gerhana matahari penuh yang merupakan salah satu daripada bidang kajian ini adalah di antara fenomena alam yang paling menakjubkan. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan beredar melalui di antara Bumi dan Matahari. Bayang Bulan akan jatuh ke atas Bumi dan seseorang individu yang berada di dalam bayang Bulan akan melihat Matahari ditutup oleh Bulan. Cahaya Matahari hilang dan tiba-tiba waktu siang menjadi malam. Hanya pada masa gerhana matahari penuh sahaja, merupakan satu-satunya peluang bagi ahli-ahli sains dan astronomi melakukan kajian Fenomena gerhana matahari penuh jarang berlaku di Malaysia. Kali terakhir berlaku ialah pada tahun 1995 di Sabah dan yang akan datang pada tahun 2042 di Sabah dan Sarawak. Menurut fakta, gerhana matahari berlaku pada setiap tahun tetapi bukan setiap kali dapat dilihat di Malaysia. Oleh itu, kajian terhadap gerhana matahari perlu melibatkan perjalanan ke luar negara, ke kawasan di mana “bayang bulan” akan melaluinya.

Gerhana Matahari Penuh pada tahun 2012
Gerhana matahari penuh bagi tahun 2012 hanya boleh dilihat di Australia dengan kawasan utamanya di bahagian utara Australia dan Queensland.

Merujuk pada gambarajah di atas, garisan yang berwarna merah menunjukkan kawasan di mana fenomena gerhana matahari penuh dapat dilihat. Oleh itu hanya benua Australia sahaja merupakan kawasan daratan yang boleh menyaksikan kejadian Gerhana Matahari Penuh ini.


Queensland merupakan kawasan yang terbaik bagi menyaksikan Gerhana Matahari Penuh 2012. Bandar Cairns adalah kawasan yang dilitupi oleh perjalanan bayang bulan bergerak sepanjang daratan dan adalah tempat terbaik dan lebih bagi para ahli sains dan astronomi dari seluruh dunia untuk membuat cerapan dan mengambil data dengan lebih sempurna. Bandar-bandar pesisiran pantai lain yang berdekatan adalah Port Douglas, Mossman, Clifton Beach, Ayton dan Bloomfield Mission. Bandar di pendalaman pula adalah di Maitland Downs, Parmerville, Frome Outstation dan Sefton antara Bandar-bandar yang boleh menyaksikan Gerhana Matahari Penuh ini.

No comments: