PENETAPAN AWAL RAMADHAN,
SYAWAL & ZULHIJJAH MENGIKUT HUKUM FIQH
Oleh : Mohd Faizal Bin Jani
Pegawai Falak,
Jabatan Mufti Negeri Perak.
Latar Belakang
Polemik yang berlaku dalam perbezaaan menyambut tarikh hari kebesaran Islam terutamanya penetapan Ramadhan, Syawal & Zulhijjah sering menimbulkan pertanyaan di kalangan masyarakat. Orang akan bertanya siapa yang betul dalam hal ini.Ini terutamanya berlaku apabila Ramadhan disambut awal di negara kita sedangkan di negara-negara lain sambutannya adalah keesokkan harinya, atau dalam sambutan Syawal dan 10 Zulhijjah pula negara menyambutnya lewat sehari dari negara lain. Kertas kerja ini cuba menjawap persoalan mengapa berlakunya perbezaan ini berdasarkan nas-nas syarak seperti yang telah dihujahkan ulama’. Negeri Perak pernah berdepan dengan masalah ini pada tahun 1983 apabila negeri Perak merayakan Hari Raya Idil Fitri lebih awal. Sehubungan itu banyak pihak yang menyalahkan di antara satu sama lain. Kertas ini cuba melihat secara ringkas mengapa berlakunya hal tersebut berdasarkan pendapat ulama’.
Pendahuluan
Penetapan awal Ramadhan, Syawal & Zulhijjah berdasarkan beberapa kaedah yang telah diistinbatkan oleh ulama’. Kaedah ini pula berdasarkan beberapa nas yang telah menjadi perbahasan di kalangan para fuqaha’. Kaedah-kaedah ini kemudiannya telah menghasilkan keputusan berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan oleh kaedah masing-masing. Maka dengan itu terhasil keputusan awal bulan yang kadang-kadang berbeza dan jarang-jarang juga sama.
Beberapa nas yang menjadi sandaran fiqh.
Perbahasan khusus tentang Kaedah penetapan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan beberapa nas-nas, antaranya :
Imam al-Nawawi[1] dalam Syarah Shahih Muslim telah mengumpulkan beberapa hadis dalam Bab Hukumnya Berpuasa Di Bulan Ramadhan Jika Melihat Hilal Dan Berbuka Jika Melihat Hilal ( Bab wujubi shaumi ramadhan li ru’yatil hilal wal fitri liru’yatil hilal ) antaranya :
1. Di dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, dari Nabi Muhammad saw pernah bersabda tentang bulan Ramadhan, maka sabdanya:
"عن ابن عمر عن النبى (ص): أنه ذكر رمضان فقال :لاتصوموا حتى ترو الهلال.ولاتفطروا حتى تروه,فإن أغمى عليكم فاقدروا له".
“ Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal ( Ramadhan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal ( Syawal ). Apabila kamu tertutup oleh awan, maka hendaklah kamu taqdirknnya.”
Riwayat Muslim.
2. Dari Ubaidillah dari Nafi’ dari Ibnu Umar sesungguhnya Rasul saw menyebut tentang ramadhan, kemudian sambil bertepuk tangan baginda bersabda :
الشهر هكذا وهكذا وهكذا ( ثم عقد ابهامه فى الثالثة ) فصوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته
فإن اغمى عليكم فاقدرواله ثلاثين
“ Sebulan itu ada sekian, sekian dan sekian. ( Pada tepukan yang ketiga beliau mengurangi ibu jarinya.) Maka hendaklah kamu berpuasa kerana kamu lihat hilal ( ramadhan ) dan berbukalah kerana kamu melihat hilal ( Syawal ), maka jika kamu ditutupi awan , maka hendaklah kamu sempurnakan menjadi 30 hari.
Riwayat Muslim.
3. Dari Amr ibn Said telah mendengar Ibn Umar r.a berkata, Nabi saw telah bersabda bahawa :
"إنا أمة أمية لانكتب ولانحسب الشهر هكذا وهكذا وهكذا وعقد الإبهام فى الثالثة الشهر هكذا وهكذا وهكذا يعنى تمام ثلاثين."
“ Sesungguhnya kita adalah umat yang tidak tahu menulis dan mengira, sebulan ( jumlah hari ) sekian, sekian dan sekian, pada tepukan yang ketiga beliau mengurangi ibu jarinya. Dan sebulan itu sekian, sekian dan sekian iaitu digenapkan 30 hari.
( Riwayat Muslim)
Berdasarkan nas di atas maka dapat kita simpulkan bahawa penetapan awal bulan adalah berdasarkan ‘nampak atau tidak nampak’ hilal pada hari ke-29. Kenampakan hilal akan menentukan samada keesokkan harinya menjadi 1 haribulan atau 30 haribulan.
Sekiranya pada hari ke 29, hilal tidak akan kelihatan maka keesokkan harinya akan menjadi 30 haribulan. Namun sekiranya hilal kelihatan, maka keesokkan harinya akan menjadi 1 haribulan.
Apakah Hilal?
Ibn al-Manzur menyatakan di dalam Lisanul Arab bahawa hilal berasal dari kata hallala. Ia membawa maksud permulaan satu perkara atau menjerit. Dikatakan permulaan satu perkara kerana hilal menunjukkan permulaan baru pusingan bulan. Beliau juga kemudian membawa pendapat Abu al-Abbas yang menyatakan asal perkataan hilal ini ialah menjerit kerana manusia akan menjerit bagi memberitahu manusia tentang wujudnya hilal tersebut.[2]
Ini menunjukkan hilal adalah fasa bulan baru yang muncul selepas mengalami pusingan lengkap mengelilingi bumi[3].
Kesimpulannya berdasarkan nas dan definasi di atas hilal ialah fasa bulan baru yang akan kelihatan samada pada hari ke 29 atau 30 pada waktu ghurub matahari[4]. Ini juga bermaksud bahawa hilal bukanlah fasa bulan lama ( bulan tua ) yang wujud pada waktu syuruk. Ini kerana ia pengakhiran suatu kitaran bulan. Walaupun bentuknya sama namun ia bukanlah seperti yang dikehendaki oleh syarak.[5]
Perbahasan Ulama’ mengenai nas-nas.
1. Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa langkah ketika mana kita mahu menetapkan awal bulan, iaitu[6] :
Ru’yah
Proses mencerap hilal pada waktu petang hari ke-29 bagi memastikan samada hilal sudah wujud atau tidak. Hukum ru’yah ini adalah fardhu kifayah. Manakala mereka yang hanya disampaikan berita hasil ru’yah boleh memegang hasil rukyah orang lain untuk mula berpuasa atau berhari raya.
Menggenapkan 30 hari
Ini berlaku apabila hilal tidak kelihatan kerana terdapat halangan seperti awan atau hujan. Ini berdasarkan kata ‘faqdurulah’ yang dimaksudkan oleh ulama’ sebagai mengenapknnya menjadi 30 hari.
Mentakdirkannya
Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa kata ‘faqdurulah’ itu adalah ‘menghitung’. Menghitung dengan makna menggunakan hisab falak. Maka boleh juga mereka yang mempunyai ilmu tentang falak menghitung samada hilal sudah wujud atau tidak. Ini bermakna sekiranya pada hari ru’yah hilal tidak kelihatan, maka bolehlah kiraan falak digunakan bagi mensabitkan kedudukan hilal samada wujud atau tidak. Hasil pengiraannya kemudian boleh dipegang dan menjadi dalil dalam penentuan awal bulan.
Perbahasan ulama’ mengenai 3 kaedah tersebut
1. Di kalangan sebahagian besar ulama’ menyatakan bahawa ru’yah adalah kaedah utama dalam penentuan hilal. Tidak ada kaedah lain kecuali kita mesti meru’yah pada hari ke-29. Sekiranya hasil rukyah hilal tidak wujud maka, digenapkan jumlah hari menjadi 30. Ini berdasarkan hadis di atas yang menyuruh kita supaya menggenapkan hari menjadi 30 sekiranya hilal tidak kelihatan.
Mereka menolak pendapat yang menyatakan maksud taqdir itu dengan kata hitung. Ini kerana beberapa alasan :
Kata taqdir pada hadis 1 adalah umum dan dikhususkan oleh hadis ke-2 yang menyatakan ditaqdirkan menjadi 30 hari.
Menggunakan hitungan falak tidak secocok dengan umat kerana di dalam hadis ke-3, telah menyatakan umat adalah bersifat ummiyah yang tidak tahu menulis atau mengira.
Meru’yah adalah sebahagian ibadat yang tidak mungkin boleh diubah dalil akal kecuali dengan nas.
Hitungan falak berdiri di atas hujah yang tidak kukuh dan dzan, manakala ru’yah dan genapkan lebih meyakinkan.
Ilmu falak berasaskan ilmu tanjim yang diharamkan oleh Islam.[7]
Oleh kerana itulah mereka menolak alasan menggunakan hitungan falak, oleh kerana ia bukanlah seperti yang dikehendaki oleh syarak. Malah ia semakin menyusahkan sekiranya hitungan falak digunakan kerana umat Islam tidak tahu menulis dan mengira. Inilah pendapat yang dipegang oleh jumhur para ulama Syafie dan sebahagian besar ulama’-ulama mazhab yang lain.[8]
2. Terdapat juga sebahagian fuqaha’ yang menyatakan bahawa hitungan boleh digunakan sekiranya hilal tidak kelihatan. Ini bermakna sekiranya hilal tidak kelihatan, maka hilal boleh disabitkan wujud atau tidak dengan menggunakan hitungan falak. Pendapat ini telah dikemukan antaranya oleh Mutarrif ibn Abdullah ibn al-Shakir, Abu al-Abbas ibn Suraij dan Ibn Qutaibah.[9] Mereka telah memberikan beberapa alasan dalam hal ini, antaranya[10] ;
Kata taqdir dalam hadis 1 itu memang dimaksudkan hitung sekiranya seseorang punya kemahiran untuk membuat pengiraan. Manakala kata genapkan 30 hari untuk mereka yang tidak pandai menulis atau mengira.
Hadis ke-3 pula menyatakan keadaan umat Islam ketika itu yang rata-rata tidak tahu mengira. Maka apabila keadaan ini sudah hilang maka wajib menggunakan kaedah hitungan dalam menetapkan kedudukan hilal yang terlindung.
Ilmu falak pada hari sudah dipisahkan dari ilmu tanjim. [11]
Malah ada juga yang berpendapat sekiranya ada laporan hilal kelihatan namun hitungan falak menyatakan hilal belum wujud maka laporan wujudnya hilal boleh ditolak. Inilah seperti yang disebutkan oleh al-Abbadi, al-Subki dan Ibn Daqiq.[12]
3. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa kaedah hisab boleh mengantikan kaedah ru’yah. Ini bermakna umat Islam tidak perlu meru’yah pada ke 29, tapi cukup dengan membuat perhitungan samada hilal akan wujud atau tidak pada hari tersebut. Beberapa alasan yang telah diberikan ialah :
Kaedah ru’yah di zaman Rasul saw adalah satu kaedah mudah, praktikal dan paling sesuai dengan teknologi dan keilmuan mereka. Manakala kaedah hitungan adalah membebankan oleh kerana rata-rata umat Islam tidak tahu mengira. Maka apabila umat sudah boleh mengira dan ia tidak membebankan, bolehlah umat Islam menggunakan kaedah hitungan.
Ru’yah adalah wasilah yang boleh berubah untuk mencapai matlamat iaitu memastikan hilal wujud. Maka sekiranya sudah wujud wasilah yang lebih meyakinkan dan mudah iaitu hitungan maka kaedah ru’yah boleh digantikan.
Ilmu falak pada hari ini sudah mencapai tahap yakin melebihi ru’yah. Ini kerana ru’yah masih terdedah kepada kesilapan, manakala hisab telah dibuktikan ralatnya cuma 1:100,000 saat.
Inilah pula pendapat ulama’ mutaakhir seperti Sheikh Mustafa Zarqa’, Sheikh Ali Tantawi, Mahmud Shakir, Mustafa al-Zarqa dan Saraf al-Qudah.[13]
Penetapan Hari Raya Idil Adha
Selain dari nas-nas di atas ada beberapa nas yang dijadikan perbahasan dikalangan ulama’ dalam penetapan Idil Adha.
Sebuah hadis dari Abdul Rahman bin Ya’mur [14]:
" أن أناسا من أهل نجد أتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو بعرفة فسألوه فأمر مناديا فنادى الحج عرفة.."
Bermaksud : “ Ada beberapa lelaki daripada ahli Najd berjumpa dengan Rasul saw, dan ketika itu Rasul SAW berada di Arafah. Maka mereka bertanya kepada Rasul SAW ( mengenai haji ). Kemudian Rasul SAW memerintahkan seorang penyeru, maka berserulah dia "..الحج عرفة.."
( Riwayat Tarmizi )
Berdasarkan hadis ini sebahagian ulama’ menyatakan hari Raya Idil Adha ( 10 Zulhijjah ) ditetapkan berdasarkan tarikh wukuf di Arafah ( 9 Zulhijjah ). Bermakna seluruh dunia Islam akan merayakan Idi Adha berdasarkan tarikh pengisytiharan wukuf di Arafah, tanpa perlu menentukan kedudukan hilal di negara masing-masing. Penetapan ini dibuat atas kesatuan umat.[15]
Namun sebahagian ulama’ masih berpegang kepada kedudukan hilal di negara masing-masing. Ini kerana alasan-alasan berikut :
Maksud dari hadis Abdul Rahman Ibn Ya’mur bermaksud ibadah haji itu sah bagi sesiapa yang dapat wukuf di Arafah. Ia bukan bererti hari raya Idil Adha perlu mengikut tarikh wukuf di arafah.
Untuk lebih jelas lagi terdapat satu hadis yang lebih khusus menyentuh keperluan merukyah untuk menentukan hari raya Idil Adha. Ia dari Ummu Salamah iaitu :
" أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا رأيتم هلال ذى الحجة, وأراد أحدكم أن يضحى, فليمسك عن شعره وأظفاره"
Bermaksud : “ Apabila kamu melihat Hilal Zulhijjah dan di kalangan kamu yang mahu berqurban maka hendaklah dia ( orang yang hendak melakukan qurban itu ) jangan membuang rambut dan kukunya.”[16]
( Riwayat Jamaah kecuali Bukhari )
Masa bermulanya qurban itu ialah pada 10 Zulhijjah dan diikuti 11,12 dan 13 Zulhijjah seperti mana yang di sebutkan dalam hadis dari Abi Hurairah r.a[17] :
" الصوم يوم تصومون والفطر يوم تفطرون والأضحى يوم تضحون."
Bermaksud : Bahawa Nabi saw telah bersabda : “ Berpuasa pada hari kamu berpuasa ( Ramadan ), hari raya (Idil Fitri) pada hari kamu berhari raya ( Syawal ), dan hari raya ( Idil Adha ) pada hari kamu menyembelih ( berqurban).”
( Riwayat Tirmizi )
Hadis ini memberikan kita petunjuk bahawa untuk menetapkan tarikh qurban ( Idil Adha ) kita perlu merukyah hilal Zulhijjah (إذا رأيتم هلال ذى الحجة, وأراد أحدكم أن يضحى ). Hadis Abu Hurairah ini menetapkan ibadah qurban itu bermula dari Hari Idil Adha iaitu 10 Zulhijjah dan seterusnya hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Ia juga menunjukkan masa ibadah Qurban ditempat selain Arab Saudi itu tidak terikat dengan masa wukuf di Arafah.
Kaedah rukyah untuk mensabitkan hari Idil Adha ini merupakan satu kaedah yang mesti dilakukan di setiap negeri Tentunya bagi negara yang berjauhan perlu menjalankan rukyahnya sendiri dan tidak terikat kepada perisytiharan wukuf di Arafah.
Perbezaan Matlak Dan Jarak Negara
Dalam mazhab Syafie[18] ,`Ikrimah, Al-Qasim ibn Muhammad, Salim, Ishaq, pendapat sebahagian ulama’ Hanafi[19] perbezaan matlak atau jarak di antara negara juga mempengaruhi kenampakan hilal. Diriwayatkan oleh Imam Muslim[20] dalam kitab sahihnya tentang perbualan antara Quraib dan Ibnu Abbas. Quraib telah menceritakan bahawa Ibnu Abbas telah bertanya kepadanya yang baru kembali ke Madinah setelah menemui Muawiyah di Syam berkenaan kenampakan hilal di sana :
" فقال متى رأيتم الهلال فقلت رأيناه ليلة الجمعة فقال أنت رأيته فقلت نعم ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال لكنا رأيناه ليلة السبت فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه فقلت أو لا تكتفي برؤية معاوية وصيامه فقال لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم".
Bermaksud : Ibnu Abbas bertanya : “ Bilakah kamu melihat hilal ?” Aku pun menjawab : “ Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Ibnu Abbas lantas bertanya lagi: “ Adakah engkau sendiri melihatnya ?” Aku menjawab : “ Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka pun berpuasa, Muawiyah pun berpuasa,” Ibnu Abbas berkata : “ Kami di sini melihat hilal Ramadhan pada malam Sabtu dan kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat hilal Syawal.” Aku bertanya : “ Tidakkah memadai bagi kamu hilal itu dilihat oleh Muawiyah dan puasanya?” Ibnu Abbas menjawab : “ Tidak! Beginilah Rasul SAW menyuruh kami.”
Hadis ini menunjukkan Ibnu Abbas tidak mengambil kira keputusan untuk berpuasa di Syam. Sebaliknya beliau berpegang dengan keputusan rukyah di Madinah tanpa terikat dengan keputusan Muawiyah di Syam.
Imam Nawawi[21] dalam Syarah Muslim meletakkan hadis ini dalam “Bab Penerangan bahawa setiap negeri tertakluk pada rukyah di negeri mereka sendiri”. Dan dalam fasal “Kelihatan hilal di sebuah negeri itu tidak mensabitkan hukum bagi negeri yang jauh.”.
Dalam menerangkan keadaan sebuah negara dengan negara yang lain di mana keputusan rukyah itu adalah mengikat, beliau telah membawa pendapat-pendapat ulamak dalam hal ini :
Negara-negara itu berada dalam jarak yang tidak boleh diqasar.
Negara-negara itu berada dalam satu matla’ .
Negara-negara itu berada pada satu keadaan iklim.
Ia meliputi seluruh dunia.
Menurut beliau lagi, pendapat ke-4 tertolak berdasarkan kepada hadis di atas, iaitu keputusan rukyah satu negara tidak meliputi atau mengikat negara lain. Ia hanya mengikat negara-negara di dalam lingkungan 3 perkara di atas.
Walau bagaimanapun konsep matla’ ini ditolak oleh sebahagian ulama’ mazhab yang lain. Ini kerana mereka berpendapat hadis terdahulu yang menyuruh ru’yah adalah umum dan terpakai pada seluruh tempat. Begitu juga dahulu pemakluman tentang kenampakan hilal sukar dimaklumkan ke tempat-tempat lain dengan cepat. Ia berbanding sekarang yang sudah mempunyai teknologi komunikasi yang cepat dan efektif. [22]
Kesimpulan
Setelah kita bentangkan segala pendapat ulamak ini maka kita simpulkan beberapa perkara, iaitu ;
Terdapat beberapa kaedah Penetapan Hilal yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu merukyah, penggenapan 30 hari dan hitungan. Kaedah ini kemudian dikembangkan oleh ulama’ berdasarkan pemahaman mereka kepada nas iaitu sebahagian berpendapat ru’yah adalah kaedah utama, sebahagian lagi berpendapat ru’yah dan hisab perlu saling lengkap melangkapi dan sebahagiannya juga menggunakan hisab hakiki.
Dalam penetapan Idil Adha, sebahagian ulama’ menyatakan ia perlu berdasarkan tarkh wukuf di Arafah dan sebahagian lagi menyatakan bergantung atas hasil ru’yah.
Di dalam mazhab Syafie terdapat matla’ yang merungkai ikatan hasil ru’yah atau hisab di satu negara dengan negara lain.
Kesemua kaedah yang telah disebutkan di atas telah menjadi pegangan umat Islam diseluruh dunia. Malah di sesebuah negara ada yang menggunakan beberapa kaedah yang berbeza berdasarkan pemahaman dan kesesuaian mengikut penafsiran mereka. Kaedah ini telah disyarahkan dan dihujahkan oleh para ulama’ yang mempunyai ketinggian ilmu yang sukar untuk tandingi. Sebahagian besar adalah para mujtahid mutlak sebahagiannya pula adalah mujtahid mazhab yang menguasai pelbagai bidang ilmu dalam Islam.
Maka sudah tentu kaedah yang berbeza melahirkan natijah yang berbeza. Apabila kaedah yang berbeza digunakan oleh negara-negara Islam, maka sudah pasti keputusan wujudnya atau tidak hilal kadang-kadang akan sama dan jarang-jarang juga berbeza.
Sikap kita dalam hal ini ialah kita perlulah menghormati keputusan sebuah negara ketika mereka telah membuat keputusan dalam penetapan awal bulan. Budaya membandingkan tarikh penetapan awal Ramadhan dan 2 hari raya tidak harus dibuat secara semborono. Sebaliknya perlulah melihat kepada kaedah dan pertimbangan yang digunakan.
Raji ila afwillah
Al-Faqir ilallah
Mohd Faizal Bin Jani.
Wassalam
[1] Imam Nawawi, Syarah Muslim 188. Jld 4, Darul Fikr 1983
[2] Dr. Zulfiqar Ali Shah. The Astronomical Calculation : A Fiqhi Discussion. Part 3. http://www.islamonline.net/
[3] Berdasarkan perkiraan falak purata jangka masa peredaran bulan mengelilingi bumi ialah 29 hari 12 jam 44 minit 02.89 saat ( Ust. Mohd Khair Taib . Takwim Hijriah Khairiah, 12 )
[4] Al-Jaziri. Kitab al-Fiqhi ala Mazdhab al-Arbaah. 770. Jld 1 Dar Thaqlain. 1997
[5] Penulis tidak menjumpai sebarang nas yang menunjukkan bahawa rukyah itu mesti dilakukan pada waktu ghurub matahari. Ini menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu sudah pun mengetahui dan sedia maklum tanpa perlu ditunjukkan oleh Nabi saw bahawa hilal ialah fasa bulan baru yang hanya akan kelihatan di atas matahari selepas ghurub matahari.
[6] Imam Nawawi, Syarah Muslim 189. Jld 4. Darul Fikr 1983.
[7] Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas. Lihat Dr. Yusuf al-Qardhawi. Fatwa-fatwa Semasa (Terj) 366. Pustaka Salam.Kuala Lumpur.1995.
[8] Ibid.189.
[9] Mutarrif ibn Abdullah ibn al-Shakir adalah ulama Tabiin , Abu al-Abbas ibn Suraij adalah ulama’ mazhab Syafie yang besar. Lihat dalam Dr. Zulfiqar Ali Shah. The Astronomical Calculation : A Fiqhi Discussion. Part 3. http://www.islamonline.net/
[10] Dr. Yusuf al-Qardhawi. Fatwa-fatwa Semasa (Terj) 364. Pustaka Salam.Kuala Lumpur.1995.
[11] Ibid.366. tambahan : Pada hari ini penentuan waktu solat, arah kiblat dan penyusunan taqwim telah lama menggunakan perkiraan falak.
[12] Dr. Zulfiqar Ali Shah. The Astronomical Calculation : A Fiqhi Discussion. Part 3. http://www.islamonline.net/
[13] Dr. Zulfiqar Ali Shah. The Astronomical Calculation : A Fiqhi Discussion. Part 3. http://www.islamonline.net/
[14] Imam al-Tirmizi.Sunan al-Tirmizi. Kitabul Haji an Rasulullah saw. hadis no. 889 http://www.islamweb.net/
[15] Yusuf Al-Qaradawi & Faysal Mawlawi.Eid Al-Adha & the Muslims' Unity. http://www.islamonline.net
[16] http://www.dorar.net/hadith.php
[17] Imam al-Tirmizi.Sunan al-Tirmizi. Kitabul Shaum an Rasulullah saw. hadis no. 697 http://www.islamweb.net/. Berkata Imam Tirmizi hadis ini adalah Hasan Gharib.
[18] Imam al-Hafiz Abu al-Ala Muhammad Abd. Rahman ibn Abd Rahim . Tuhfah al-Ahwazi. Juz.3 . Darul Fikr.
[19] Different Locations. http://www.islamonline.net
[20] Imam Muslim.Shahih Muslim. Kitab al-Shiam. Bab bayan anna likulli baladin ru’yatihim. Hadis no. 1087.
[21] Imam Nawawi, Syarah Muslim 197. Jld 4. Darul Fikr 1983.
[22] Sheikh Ahmad Kutty, Sighting the New Moon in the Beginning of Islamic History . http://www.islamonline.net/

No comments:
Post a Comment