Oleh;
Mahruzaman
Misran
Tarikh
: 24 Disember 2015 (12 Rabiul Awal 1437H)
1.0
LATAR BELAKANG
Berbekalkan semangat dan keinginan melihat khazanah ilmu warisan
ini kembali menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan INSTUN khasnya Bahagian Ukur
dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara, telah mengambil inisiatif untuk
menyertai National Eclipse Tracker Team (NETT) dan pencinta Astronomi diseluruh
dunia bagi membuat kajian fenomena gerhana matahari penuh di Indonesia yang
akan berlaku pada 9 Mac 2016. Gerhana matahari yang berlaku dikenali sebagai
Gerhana Matahari Penuh, iaitu ketika peristiwa gerhana terjadi, 100% permukaan
matahari yang kelihatan dari bumi yang ditutupi oleh bayangan bulan.
Menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Penuh adalah satu
peluang yang jarang diperolehi oleh kebanyakan orang. Walaupun fenomena gerhana
Matahari biasanya berlaku 2 kali setahun, namun ianya tidak akan berlaku di
tempat yang sama untuk jangka waktu yang cukup lama. Kebetulan ianya boleh
dilihat di Palembang Indonesia yang begitu hampir dengna Malaysia adalah
menjadi kerugian jika peluang yang ada ini tidak ambil.
2.0 PENGENALAN
GERHANA
MATAHARI
Surah Al-Imran ayat 190 Allah berfirman :
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan
malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal”.
Sabda Rasuallah SAW yang bermaksud ; “Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah SWT. Kedua-dua tidak
gerhana disebabkan kematian sesaorang dan kerana hidupnya sesorang. Oleh itu,
apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang
apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan”. Jelas ayat Al-Quran dan
hadith Nabi ini menyeru kita umat Islam untuk membuat kajian ke atas fenomena
gerhana.
Gerhana matahari hanya boleh
berlaku ketika bulan baru iaitu apabila bulan berada antara Bumi dan Matahari.
Gerhana matahari merupakan
satu fenomena di mana matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan
menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang
berada diantara matahari dan bumi.
Ketika ini cahaya matahari
terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan. Oleh itu
kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah
laluan bayang-bayang bulan.
Disebabkan saiz bulan hanya
seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke
permukaan bumi adalah kecil. Walaupun matahari lebih kurang 400 kali lebih
besar daripada bulan, ia berada 400 kali lebih jauh dari bumi dan ini
menyebabkan saiz kedua-duanya kelihatan hampir sama jika dilihat dari bumi.
Bulan megelilingi bumi
sekali setiap bulan dan fenomena ini sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku
pada setiap bulan. Walau bagaimanapun ini tidak berlaku kerana sudut bulan
mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang 5° kepada sudut bumi mengelilingi
matahari. Ini bermakna bulan biasanya melepasi sedikit ke atas atau ke bawah
matahari apabila ia berada antara bumi dan matahari
KESAN GERHANA MATAHARI KEPADA BUMI
Kawasan yang mengalami
gerhana matahari penuh akan menjadi gelap seperti malam yang disinari bulan.
Ini membolehkan planet-planet dan bintang-bintang kelihatan.
Suhu juga didapati jatuh
beberapa darjah. Haiwan menjadi senyap dan ada yang tidur kerana menyangkakan
malam telah tiba. Manusia pula, ada yang sangat berminat dengan fenomena ini
dan menantikan dengan penuh harapan, tetapi ada juga orang yang takut dengan
fenomena ini kerana kepercayaan masing-masing.
Bagi saintis semasa gerhana
berlaku, inilah masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian astrofizik
seperti tompok matahari, spektrum korona dan ‘global radiation’ matahari.
GERHANA
MATAHARI PENUH PADA 09 MAC 2016
3.0 PROGRAM CERAPAN
Tempat Cerapan
Kajian adalah di Palembang
Latitude : 2.7582
S
Longitude :
104.7656E
Gerhana Matahari
Penuh dengan jangkamasa : 2m04.8s
Event
|
Date
|
Time
(WIB)
|
Alt
|
Azi
|
Start Of
Partial Eclipse C1
|
09/03/2016
|
06:20:35.4
|
02.5
|
94.6
|
Start Of Total
Eclipse C2
|
09/03/2016
|
07:20:49.6
|
17.5
|
93.8
|
Maximum Eclipse
|
09/03/2016
|
07:21:51.8
|
17.7
|
93.7
|
End Of Total Eclipse
C3
|
09/03/2016
|
07:22:54.4
|
18.0
|
93.7
|
End Of Partial
Eclipse
|
09/03/2016
|
08:31:36.4
|
35.1
|
93.4
|
Pada
pagi 9 Mac 2016 (Rabu) nanti, penduduk di beberapa tempat dimana Gerhana
matahri Penuh terjadi berpeluang
menyaksikan fenomena berkenaan. Bagi kawasan Palembangyang terletak di Provinsi
Sumatera Selatan Ia akan bermula dari jam 06:20:35.4
(WIB), yang mana ketika itu bermulanya Gerhana Matahari Separa (Start Of
Partial Eclipse C1). Kemudian ia akan bermula sentuhan di C2 dan akan
bermulanya Gerhana Matahari Penuh pada jam 07:20:49.6
(WSS) Fasa Gerhana Matahari Penuh secara maximum rasminya akan bermula pada
jam 07:21:51.8 (WSS) sehingga 07:22:54.4 (WSS). Gerhana ini
berterusan dan berakhirnya Gerhana Matahari Separa pada jam 08:31:36.4 (WSS).
4.0 AKTIVITI PENYELIDIKAN GERHANA MATAHARI PENUH
9
MAC 2016 (9 JAMADILAWAL 1437H)
Matlamat utama program penjejakan Gerhana matahari Penuh
pada 09 Mac 2016 adalah untuk melakukan pencerapan dan merekod proses gerhana
Matahari Penuh. Perubahan di sekitar kawasan tempat cerapan juga dapat
diperhatikan dari pelbagai peralatan yang akan digunakan. Hasil pencerapan akan
dikaji dan dianalisa kemudian.
Senarai di bawah merupakan perancangan cerapan yang akan
dilakukan pada gerhana tersebut:
1. Pengimejan proses gerhana
matahari penuh
2. Rakaman Video
3.
Pengimejan
wide-field dengan landscape dan
kaedah ‘multi-exposure’
PENYELIDIKAN
1:
Pengimejan Proses Gerhana Matahari
Penuh
Objektif : Merakam imej matahari dalam
proses Gerhana Matahari Penuh.
Peralatan:
i.
Teleskop
Sky Watcher 80 mm/Teleskop Orion 120mm
ii.
Mount
EQ5
iii.
Kamera
EOS 450D
iv.
Kamera
Adapter untuk Kamera Canon
v.
Sun
Filter
vi.
Laptop
dengan EOS Utility
Kaedah
:
1.
Cerapan
bagi aktiviti ini menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 80 mm berjenama Sky
Watcher, teleskop ini akan diletak di atas mount EQ5. Sebelum Gerhana Penuh
Teleskop dilekap dengan Sun Filter.
2. Rakaman gerhana matahari penuh
ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop
dengan menggunakan Camera Adapter.
3. Rakaman akan dibuat menggunakan
kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada
dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui
EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan
dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya
membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus
setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej matahari.
4.
Imej
rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder.
PENYELIDIKAN
2:
Pengimejan keseluruhan proses gerhana dengan resolusi
yang tinggi
Objektif : Mengkaji struktur cirian tepi
Bulan dan menguji keperisian ramalan masa kelakuan gerhana matahari.
Peralatan : Kamera digital, Tele
lens/Teleskop solar filter.
Mengambil
imej keseluruhan proses gerhana dengan menggunakan Tele lens/Teleskop yang
dilengkapi dengan solar filter dan kamera digital. Bagi pengambilan imej
gerhana resolusi tinggi dengan menggunakan kamera digital SLR, jarak fokus
teleskop yang sesuai adalah di antara 1000mm hingga 1500mm. Imej yang diambil
boleh digunakan untuk mengkaji struktur cirian tepi bulan secara teliti.
Tujuan
kajian ini adalah untuk menguji keperisian ramalan masa kelakuannya gerhana
matahari dan sangat bergna untuk meramalkan masa berlakunya gerhana matahari
pada masa depan. Hasil pencerapan kemudian boleh memberi satu gambaran seluruh
proses gerhana matahari penuh yang berlaku.
PENYELIDIKAN
3:
Rakaman Video
i.
Rakaman
Video peristiwa Gerhana Matahari Penuh 9 Mac 2016.
ii.
Cubaan
merakam Video Matahari langsung semasa proses kejadian Gerhana matahari
PENYELIDIKAN
4:
Pengimejan wide-field dengan landscape dan kaedah ‘multi-exposure’
Objektif :
Menghasilkan gambar yang menunjukkan pergerakan matahari
di langit dengan perubahan fasa-fasa proses gerhana
Peralatan : Kamera digital, wide-angle
lens, kamera tripod, solar filter.
Menggunakan
kamera digital, wide angle lens dan tripod kamera. Mengambil imej matahari
setiap 5 minit atau 10 minit sekali. Imej-imej yang diambil kemudian
digabungkan bersama untuk menghasilkan satu gambar yang menunjukkan pergerakan
matahari di langit dan perubahan fasa-fasa proses gerhana.
5.0 TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama (7 Mac 2016
–Isnin)
|
|
Masa
|
Aktiviti
|
4.00 pagi
|
Bertolak
ke KLIA dari INSTUN
|
8.30 pagi
|
Penerbangan
ke Pelembang
|
9.00 pagi
|
Dijangka
tiba di Palembang
|
9.30 pagi 12.30 tgh
|
Lawatan ke
Sekitar Bandar Palembang
|
12.30 Tengahari
|
Makan
Tengahari
|
1.30 Tengahari
|
Solat
Zuhur di Masjid Palembang (Masjid Agung Palembang)
|
2.30 petang
|
Check In
Hotel
|
3.00 petang
|
Tinjauan
Kesesuiaan Tempat Cerapan Gerhana Matahari
-
Sekitar
Masjid Agung Palembang
-
Sekitar
Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II
|
7.00-8.00 malam
|
Makan
Malam
|
9.00 malam
|
Taklimat Perancangan Gerak Kerja bagi
Fenomena Gerhana Matahari Penuh
|
Hari Kedua (8 Mac 2016 –
Selasa)
|
|
6.00 pagi (Selepas Solat
Subuh)
|
Ke Lokasi Cerapan Gerhana Matahari
|
6.30 hingga 10.00pagi
|
Latihan Cerapan Gerhana Matahari
|
11.00 pg – 12.00 tgh
|
Perbincangan
|
12.30
|
Makan
Tengahari
|
1.00 – 5.00 ptg
|
Latihan Cerapan Gerhana Matahari
|
7.00-8.00 malam
|
Makan
Malam
|
9.00 malam
|
Perbincangan
|
Hari Ketiga (9 Mac 2016 – Rabu)
|
|
6.00 pagi
|
Ke Lokasi Cerapan Gerhana Matahari
|
6.30 pagi hingga 11.00 pagi
|
Fenomena Gerhana Matahari Penuh
|
12.30 tghr
|
Makan
Tengahari
|
2.00 ptg
|
Lawatan
-
Pasar 16
Ilir
-
Late afternoon on Benteng
Kuto Besak
|
7.00 - 8.00 malam
|
Makan
malam di Hotel atau di Benteng Kuto
Besak
|
Hari Keempat (10 Mac 2016 – Rabu)
|
|
7.00 0 - 8.00 pagi
|
Sarapan
|
8.00 – 12.00 tgh
|
Lawatan - Museum
Sultan Mahmud Badaruddin II
|
12.30 tgh
|
Makan
tangahari
|
2.00 – 5.00 ptg
|
Membeli
Belah
|
7.00-8.00 malam
|
Makan Malam
|
Hari Kelima (11 Mac 2016 – Khamis)
|
|
7.00 - 8.00 pagi
|
Sarapan
|
8.00 pagi
|
Bertolak
ke Airport
|
9.25 pagi
|
Berlepas
|
11.00 pagi
|
Sampai di
KLIA
|