Monday, December 28, 2015

PROGRAM GERHANA MATAHARI PENUH PADA 09 MAC 2016 (29 JAMADILAWAL 1437H) DI PALEMBANG, SUMATERA SELATAN, INDONESIA


Oleh;
Mahruzaman Misran
Tarikh : 24 Disember 2015 (12 Rabiul Awal 1437H)

1.0 LATAR BELAKANG

Berbekalkan semangat dan keinginan melihat khazanah ilmu warisan ini kembali menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan INSTUN khasnya Bahagian Ukur dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara, telah mengambil inisiatif untuk menyertai National Eclipse Tracker Team (NETT) dan pencinta Astronomi diseluruh dunia bagi membuat kajian fenomena gerhana matahari penuh di Indonesia yang akan berlaku pada 9 Mac 2016. Gerhana matahari yang berlaku dikenali sebagai Gerhana Matahari Penuh, iaitu ketika peristiwa gerhana terjadi, 100% permukaan matahari yang kelihatan dari bumi yang ditutupi oleh bayangan bulan.

Menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Penuh adalah satu peluang yang jarang diperolehi oleh kebanyakan orang. Walaupun fenomena gerhana Matahari biasanya berlaku 2 kali setahun, namun ianya tidak akan berlaku di tempat yang sama untuk jangka waktu yang cukup lama. Kebetulan ianya boleh dilihat di Palembang Indonesia yang begitu hampir dengna Malaysia adalah menjadi kerugian jika peluang yang ada ini tidak ambil.

2.0 PENGENALAN

GERHANA MATAHARI
Surah Al-Imran ayat 190 Allah berfirman : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.

Sabda Rasuallah SAW yang bermaksud ; “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah SWT. Kedua-dua tidak gerhana disebabkan kematian sesaorang dan kerana hidupnya sesorang. Oleh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan”. Jelas ayat Al-Quran dan hadith Nabi ini menyeru kita umat Islam untuk membuat kajian ke atas fenomena gerhana.

Gerhana matahari hanya boleh berlaku ketika bulan baru iaitu apabila bulan berada antara Bumi dan Matahari.


Gerhana matahari merupakan satu fenomena di mana matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada diantara matahari dan bumi.

Ketika ini cahaya matahari terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan. Oleh itu kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan.
Disebabkan saiz bulan hanya seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke permukaan bumi adalah kecil. Walaupun matahari lebih kurang 400 kali lebih besar daripada bulan, ia berada 400 kali lebih jauh dari bumi dan ini menyebabkan saiz kedua-duanya kelihatan hampir sama jika dilihat dari bumi.

Bulan megelilingi bumi sekali setiap bulan dan fenomena ini sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan. Walau bagaimanapun ini tidak berlaku kerana sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang 5° kepada sudut bumi mengelilingi matahari. Ini bermakna bulan biasanya melepasi sedikit ke atas atau ke bawah matahari apabila ia berada antara bumi dan matahari
KESAN GERHANA MATAHARI KEPADA BUMI

Kawasan yang mengalami gerhana matahari penuh akan menjadi gelap seperti malam yang disinari bulan. Ini membolehkan planet-planet dan bintang-bintang kelihatan.

Suhu juga didapati jatuh beberapa darjah. Haiwan menjadi senyap dan ada yang tidur kerana menyangkakan malam telah tiba. Manusia pula, ada yang sangat berminat dengan fenomena ini dan menantikan dengan penuh harapan, tetapi ada juga orang yang takut dengan fenomena ini kerana kepercayaan masing-masing.
Bagi saintis semasa gerhana berlaku, inilah masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian astrofizik seperti tompok matahari, spektrum korona dan ‘global radiation’ matahari.

GERHANA MATAHARI PENUH  PADA 09 MAC 2016 



3.0 PROGRAM CERAPAN

Tempat Cerapan Kajian adalah di Palembang
Latitude : 2.7582 S
Longitude : 104.7656E

Gerhana Matahari Penuh dengan jangkamasa  : 2m04.8s

Event
Date
Time (WIB)
Alt
Azi
Start Of Partial Eclipse C1
09/03/2016
06:20:35.4
02.5
94.6
Start Of Total Eclipse C2
09/03/2016
07:20:49.6
17.5
93.8
Maximum Eclipse
09/03/2016
07:21:51.8
17.7
93.7
End Of Total Eclipse C3
09/03/2016
07:22:54.4
18.0
93.7
End Of Partial Eclipse
09/03/2016
08:31:36.4
35.1
93.4




Pada pagi 9 Mac 2016 (Rabu) nanti, penduduk di beberapa tempat dimana Gerhana matahri Penuh terjadi  berpeluang menyaksikan fenomena berkenaan. Bagi kawasan Palembangyang terletak di Provinsi Sumatera Selatan Ia akan bermula dari jam 06:20:35.4 (WIB), yang mana ketika itu bermulanya Gerhana Matahari Separa (Start Of Partial Eclipse C1). Kemudian ia akan bermula sentuhan di C2 dan akan bermulanya Gerhana Matahari Penuh pada jam 07:20:49.6 (WSS) Fasa Gerhana Matahari Penuh secara maximum rasminya akan bermula pada jam 07:21:51.8 (WSS) sehingga 07:22:54.4 (WSS). Gerhana ini berterusan dan berakhirnya Gerhana Matahari Separa pada jam 08:31:36.4 (WSS).


4.0     AKTIVITI PENYELIDIKAN GERHANA MATAHARI PENUH
          9 MAC 2016 (9 JAMADILAWAL 1437H)
Matlamat utama program penjejakan Gerhana matahari Penuh pada 09 Mac 2016 adalah untuk melakukan pencerapan dan merekod proses gerhana Matahari Penuh. Perubahan di sekitar kawasan tempat cerapan juga dapat diperhatikan dari pelbagai peralatan yang akan digunakan. Hasil pencerapan akan dikaji dan dianalisa kemudian.
Senarai di bawah merupakan perancangan cerapan yang akan dilakukan pada gerhana tersebut:
1.    Pengimejan proses gerhana matahari penuh
2.    Rakaman Video
3.    Pengimejan wide-field dengan landscape dan kaedah ‘multi-exposure’

PENYELIDIKAN 1:
Pengimejan Proses Gerhana Matahari Penuh
Objektif : Merakam imej matahari dalam proses Gerhana Matahari Penuh.

Peralatan:
i.             Teleskop Sky Watcher 80 mm/Teleskop Orion 120mm
ii.           Mount EQ5
iii.          Kamera EOS 450D
iv.          Kamera Adapter untuk Kamera Canon
v.            Sun Filter
vi.          Laptop dengan EOS Utility

Kaedah :
1.    Cerapan bagi aktiviti ini menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 80 mm berjenama Sky Watcher, teleskop ini akan diletak di atas mount EQ5. Sebelum Gerhana Penuh Teleskop dilekap dengan Sun Filter.
2.    Rakaman gerhana matahari penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
3.    Rakaman akan dibuat menggunakan kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej matahari.
4.    Imej rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder. 


PENYELIDIKAN 2:
Pengimejan keseluruhan proses gerhana dengan resolusi yang tinggi
Objektif : Mengkaji struktur cirian tepi Bulan dan menguji keperisian ramalan masa kelakuan gerhana matahari.

Peralatan : Kamera digital, Tele lens/Teleskop solar filter.
Mengambil imej keseluruhan proses gerhana dengan menggunakan Tele lens/Teleskop yang dilengkapi dengan solar filter dan kamera digital. Bagi pengambilan imej gerhana resolusi tinggi dengan menggunakan kamera digital SLR, jarak fokus teleskop yang sesuai adalah di antara 1000mm hingga 1500mm. Imej yang diambil boleh digunakan untuk mengkaji struktur cirian tepi bulan secara teliti.
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keperisian ramalan masa kelakuannya gerhana matahari dan sangat bergna untuk meramalkan masa berlakunya gerhana matahari pada masa depan. Hasil pencerapan kemudian boleh memberi satu gambaran seluruh proses gerhana matahari penuh yang berlaku.




PENYELIDIKAN 3:
Rakaman Video

i.             Rakaman Video peristiwa Gerhana Matahari Penuh 9 Mac 2016.
ii.           Cubaan merakam Video Matahari langsung semasa proses kejadian Gerhana matahari

PENYELIDIKAN 4:
Pengimejan wide-field dengan landscape dan kaedah ‘multi-exposure’


Objektif : Menghasilkan gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dengan perubahan fasa-fasa proses gerhana

Peralatan : Kamera digital, wide-angle lens, kamera tripod, solar filter.
Menggunakan kamera digital, wide angle lens dan tripod kamera. Mengambil imej matahari setiap 5 minit atau 10 minit sekali. Imej-imej yang diambil kemudian digabungkan bersama untuk menghasilkan satu gambar yang menunjukkan pergerakan matahari di langit dan perubahan fasa-fasa proses gerhana.

5.0 TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama (7 Mac 2016 –Isnin)
Masa
Aktiviti
4.00 pagi
Bertolak ke KLIA dari INSTUN
8.30 pagi
Penerbangan ke Pelembang
9.00 pagi
Dijangka tiba di Palembang
9.30 pagi 12.30 tgh
Lawatan ke Sekitar Bandar Palembang
12.30 Tengahari
Makan Tengahari
1.30 Tengahari
Solat Zuhur di Masjid Palembang (Masjid Agung Palembang)
2.30 petang
Check In Hotel
3.00 petang
Tinjauan Kesesuiaan Tempat Cerapan Gerhana Matahari
-          Sekitar Masjid Agung Palembang
-          Sekitar Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II
7.00-8.00 malam
Makan Malam
9.00 malam
Taklimat Perancangan Gerak Kerja bagi Fenomena Gerhana Matahari Penuh
Hari Kedua (8 Mac 2016 – Selasa)
6.00 pagi (Selepas Solat Subuh)
Ke Lokasi Cerapan Gerhana Matahari
6.30 hingga 10.00pagi
Latihan Cerapan Gerhana Matahari
11.00 pg – 12.00 tgh
Perbincangan
12.30
Makan Tengahari
1.00 – 5.00 ptg
Latihan Cerapan Gerhana Matahari
7.00-8.00 malam
Makan Malam
9.00 malam
Perbincangan
Hari Ketiga (9 Mac 2016 – Rabu)
6.00 pagi
Ke Lokasi Cerapan Gerhana Matahari
6.30 pagi hingga 11.00 pagi
Fenomena Gerhana Matahari Penuh
12.30 tghr
Makan Tengahari
2.00 ptg
Lawatan
-          Pasar 16 Ilir
-          Late afternoon on Benteng Kuto Besak
7.00 - 8.00 malam
Makan malam  di Hotel atau di Benteng Kuto Besak
Hari Keempat (10 Mac 2016 – Rabu)
7.00 0 - 8.00 pagi
Sarapan
8.00 – 12.00 tgh
Lawatan - Museum Sultan Mahmud Badaruddin II
12.30 tgh
Makan tangahari
2.00 – 5.00 ptg
Membeli Belah
7.00-8.00 malam
Makan Malam
Hari Kelima (11 Mac 2016 – Khamis)
7.00  - 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi
Bertolak ke Airport
9.25 pagi
Berlepas
11.00 pagi
Sampai di KLIA