INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION 1919 - 2019
FALAK SYARIE - Kembara Falak
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing (Ya-sin:40)
Monday, January 14, 2019
Wednesday, February 21, 2018
PROGRAM GERHANA BULAN PENUH
PADA 31 JANUARI 2018 (15 JAMADILAWAL 1439H)
DI MINI OBESEVATORY JABBAL FALAK, INSTUN,
TANJONG MALIM,PERAK
Oleh : Mahruzaman Misran
Pada
malam 31 Januari 2018 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan
Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 06:51 petang, yang mana ketika itu bulan baru sahaja memasuki kawasan
bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasang bayang-bayang umbra
pada jam 07:49 petang.
Fasa
Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 08:52 malam sehingga 10:07
malam (1 jam 15 mint ) dan waktu kemuncak/Greatest Eclipse adalah pada 09:31malam. Berikut adalah data gerhana
yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia:
Penumbral
Eclipse Begins : 10:51:15 UT = 18:51:15
(Waktu Malaysia)
Partial
Eclipse Begins : 11:48:27
UT = 19:48:27 (Waktu Malaysia)
Total
Eclipse Begins :
12:51:47 UT = 20:51:47 (Waktu
Malaysia)
Greatest Eclipse : 13:31:00 UT = 21:31:00
(Waktu Malaysia)
Total
Eclipse Ends :
14:07:51 UT = 22:07:51 (Waktu
Malaysia)
Partial
Ecipse Ends : 15 :11:11
UT = 23:11:11 (Waktu Malaysia)
Penumbral
Eclipse Ends : 16:08:27 UT =
00:08:27 (Waktu Malaysia)
PERANCANGAN PROGRAM CERAPAN
TARIKAH
CERAPAN : 31JANUARI (RABU)
LOKASI
CERAPAN : MINI OBSERVTORY JABAL FALAK
WAKTU
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN : SELEPAS SOLAT ISYAK
KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN
GERHANA PENUH
1.
Cerapan
bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope) 102mm berjenama Orion,
teleskop ini akan diletak di atas mount
EQ5.
2. Rakaman gerhana bulan penuh ini
akan menggunakan Kamera Canon EOS
450D yang dilekapkan kepada
teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
3. Rakaman akan dibuat menggunakan
kaedah Remote Capture with Live View
iaitu antara fungsi yang ada
dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui
EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan
dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui kaedah Live View ini ianya
membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus
setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej bulan.
4.
Imej
rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder.
FAEDAH
Program
ini adalah menjadi program khidmat masyarakat setempat oleh INSTUN dengan
menyediakan kepakaran dalam bidang ini yang dikongsi bersama dengan masyarakat
setempat dan program ini juga bertujuan bagi memahirkan pegawai INSTUN dalam
pengendalian peralatan Teleskop yang baru diperolehi.
PERALATAN
1.
Teleskop Pembiasan 102mm
2.
Mount EQ5 with keypad
3.
Power cable
4.
Kamera Canon EOS 450D, Canon Camera Adpter
5.
Notebook with EOS Utility software
Thursday, February 25, 2016
PARTIAL SOLAR ECLIPSE MARCH 2016
PROGRAM
GERHANA MATAHARI SEPARA
(PARTIAL SOLAR ECLIPSE)
PADA 09 MAC
2016 (29 JAMADILAWAL 1437H)
DI INSTUN,
TANJONG MALIM, PERAK
Mahruzaman Misran
Institut
Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
1.0
LATAR BELAKANG
Pada ketika ramai pencinta Astronomi diseluruh dunia bagi
membuat kajian fenomena gerhana matahari penuh di Indonesia yang akan berlaku
pada 9 Mac 2016. Bagi peminat Astronomi yang tidak berpeluang ke sana adalah
disarankan cerapan Gerhana matahari separa dilaksanakan ini disebabkan ketika
Peristiwa Gerhana Penuh sedang berlaku di sebahagian tempat di Indonesia, kita
di Malaysia masih berpeluang menyaksikan gerhana Matahari Separa. Bagi kawasan
di Tanjong Malim adalah dijangkakan lebih 70 % matahari di langit di Tanjong
Malim di tutupi bayangan bulan. Gerhana matahari yang berlaku dikenali sebagai
Gerhana Matahari Separa, iaitu ketika peristiwa gerhana terjadi, 70% permukaan
matahari yang kelihatan dari bumi di sini yang ditutupi oleh bayangan bulan.
2.0 PENGENALAN
GERHANA
MATAHARI
Surah Al-Imran ayat 190 Allah berfirman :
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan
malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal”.
Sabda Rasuallah SAW yang bermaksud ; “Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah SWT. Kedua-dua tidak
gerhana disebabkan kematian sesaorang dan kerana hidupnya sesorang. Oleh itu,
apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang
apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan”. Jelas ayat Al-Quran dan
hadith Nabi ini menyeru kita umat Islam untuk membuat kajian ke atas fenomena
gerhana.
Gerhana matahari hanya boleh
berlaku ketika bulan baru iaitu apabila bulan berada antara Bumi dan Matahari.
Gerhana
matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau
sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya
matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah
lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata
149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari merupakan
satu fenomena di mana matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan
menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang
berada diantara matahari dan bumi.
Rajah
1 : Menunjukkan Bulan berada antara Matahari dan Bumi
Ketika ini cahaya matahari
terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan. Oleh itu
kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah
laluan bayang-bayang bulan.
Rajah
2 : Menunjukkan cahaya matahari
terhalang sampai ke Bumi
Disebabkan saiz bulan hanya
seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke
permukaan bumi adalah kecil. Walaupun matahari lebih kurang 400 kali lebih
besar daripada bulan, ia berada 400 kali lebih jauh dari bumi dan ini
menyebabkan saiz kedua-duanya kelihatan hampir sama jika dilihat dari bumi.
Bulan megelilingi bumi sekali
setiap bulan dan fenomena ini sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada
setiap bulan. Walau bagaimanapun ini tidak berlaku kerana sudut bulan
mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang 5° kepada sudut bumi mengelilingi
matahari. Ini bermakna bulan biasanya melepasi sedikit ke atas atau ke bawah
matahari apabila ia berada antara bumi dan matahari
JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI
Terdapat tiga (3) jenis
gerhana matahari iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana anulus.
Kejadian setiap gerhana tersebut bergantung kepada dua perkara, iaitu berapa
rapat bulan baru menghampiri titik nod dan saiz relatif matahari dan bulan di
langit.
Fenomena Gerhana Separa
Jenis gerhana yang biasa
berlaku ialah apabila bulan berada sedikit menjauhi titik nod, jadi sebahagian
cakera bulan menutupi matahari. Lebih kurang 35% daripada semua gerhana
matahari adalah gerhana separa.
Fenomena Gerhana Anulus
Gerhana yang biasa berlaku
selanjutnya ialah gerhana anulus atau gerhana cincin. Gerhana ini berlaku jika
saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari. Semasa gerhana
anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di
sekeliling cakera bulan. Lebih kurang 32% daripada gerhana matahari adalah
gerhana anulus.
Rajah
4 : Menunjukkan Gerhana Matahari Anulus
Fenomena Gerhana Penuh
Jenis gerhana yang ke-tiga
ialah gerhana penuh. Hanya 28% dari semua gerhana matahari adalah gerhana
penuh. Gerhana matahari penuh berlaku apabila penjajaran garisan bumi, bulan
dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan
pusat (umbra) akan mengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar
(penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja. Gerhana matahari penuh dapat
disaksikan hanya dalam linkungan 25 km. Pada peringkat pertengahan gerhana
penuh, bahagian lapisan luar matahari yang dinamakan korona, iaitu gas-gas
panas matahari jelas kelihatan. Manakala prominence kelihatan melalui
sisi bulan.
Rajah
5 : Menunjukkan Gerhana Matahari Penuh
FASA GERHANA MATAHARI
Dalam
membuat ramalan terperinci untuk peristiwa semasa berlakunya gerhana matahari
penuh, ahli astronomi biasanya merujuk kepada empat sentuhan antara pinggir
matahari dan bulan. ‘Sentuhan Pertama’ adalah apabila bahagian luar bulan
pertama kali menyentuh bahagian luar cakera matahari. Ini adalah permulaan fasa
separa dan ianya sangat susah untuk dicerap kerana matahari sangat cerah dan
sudah tentu bulan pada masa itu tidak kelihatan. Apabila bulan secara
perlahan-lahan melindungi matahari, bentuk sabit kelihatan apabila matahari
hilang sepenuhnya. Ini dipanggil ‘Sentuhan Ke-dua’ dan pada masa inilah
bermulanya fasa penuh.
Pada
masa akhir gerhana penuh, iaitu apabila sinaran pertama cahaya matahari kembali
semula, ia dipanggil ‘Sentuhan Ke-tiga’ dan ini diikuti oleh lindungan matahari
secara perlahan-lahan dialihkan. Akhir sekali fenomena semasa bulan
meninggalkan cakera matahari pula dipanggil ‘Sentuhan Ke-empat’. Semasa
‘Sentuhan Ke-dua’ kebanyakan gambar dan eksperimen dilakukan.
GERHANA
MATAHARI SEPARA PADA 09 MAC 2016
Rajah 7: menunjukkan tempat berlakunya
Gerhana Matahari Penuh dan Gerhana
Matahari Separa antara tahun 2001 hingga 2020
Buat pengetahuan anda, jalur biru ialah kawasan
yang menikmati gerhana penuh, manakala yang selebihnya ialah gerhana separa.
Pada tarikh ini, Malaysia akan menikmati gerhana separa dengan kadar litupan
yang cukup tinggi kerana terletak berhampiran dengan jalur penuh.
Rajah : Partial
Solar Eclipse 2016 yang berlaku pada 9 Mac 2016. Lokasi di INSTUN, Tanjong
Malim.
3.0 PROGRAM CERAPAN
Tempat Cerapan
Kajian adalah di INSTUN, Tanjong Malim, Perak
Latitude : 03 45
53 N
Longitude : 101
30 59 E
Gerhana Matahari
Penuh dengan jangkamasa : 2m04.8s
Event
|
Date
|
Time
(WIB)
|
Alt
|
Azi
|
Start
Of Partial Eclipse C1
|
09/03/2016
|
07:24:57
|
-00.2
|
94.4
|
Maximum
Eclipse
|
09/03/2016
|
08:24:04.9
|
14.5
|
95.5
|
End
Of Partial Eclipse
|
09/03/2016
|
09:31:04.9
|
31.1
|
97.4
|
Pada
pagi 9 Mac 2016 (Rabu) nanti, penduduk di beberapa tempat dimana Gerhana Matahari
Separa terjadi berpeluang menyaksikan fenomena
berkenaan. Bagi kawasan Tanjong Malim Ia akan bermula dari jam 07:24:57 yang mana ketika itu bermulanya
Gerhana Matahari Separa (Start Of Partial Eclipse C1). Fasa Gerhana Matahari Separa
secara maximum rasminya akan bermula pada jam 08:24:04.9). Gerhana ini berterusan dan berakhirnya Gerhana
Matahari Separa pada jam 09:31:04.9
4.0 AKTIVITI PENYELIDIKAN GERHANA MATAHARI PENUH
9
MAC 2016 (9 JAMADILAWAL 1437H)
Matlamat utama program penjejakan Gerhana matahari Penuh
pada 09 Mac 2016 adalah untuk melakukan pencerapan dan merekod proses gerhana
Matahari Penuh. Perubahan di sekitar kawasan tempat cerapan juga dapat
diperhatikan dari pelbagai peralatan yang akan digunakan. Hasil pencerapan akan
dikaji dan dianalisa kemudian.
Senarai di bawah merupakan perancangan cerapan yang akan
dilakukan pada gerhana tersebut:
1. Pengimejan proses gerhana
matahari separa
2. Rakaman Video
3.
Pengimejan
wide-field dengan landscape dan
kaedah ‘multi-exposure’
Rajah
13
; Gambar
Gerhana Matahari Separa
Rajah
; Gambar Matahari Separa
PENYELIDIKAN
1:
Pengimejan Proses Gerhana Matahari
Penuh
Objektif : Merakam imej matahari dalam
proses Gerhana Matahari Penuh.
Peralatan:
i.
Teleskop
Sky Watcher 80 mm/Teleskop Orion 120mm
ii.
Mount
EQ5
iii.
Kamera
EOS 450D
iv.
Kamera
Adapter untuk Kamera Canon
v.
Sun
Filter
vi.
Laptop
dengan EOS Utility
Kaedah
:
- Cerapan bagi aktiviti ini
menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector
Telescope)
80 mm berjenama Sky Watcher, teleskop ini akan diletak di atas mount EQ5. Sebelum
Gerhana Penuh Teleskop dilekap dengan Sun Filter.
- Rakaman gerhana matahari
penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada
teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.
- Rakaman akan dibuat
menggunakan kaedah Remote Capture with Live View
iaitu
antara fungsi yang ada dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus
kepada komputer. Melalui EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO
dan remote shooting akan dikawal terus oleh papan kekunci komputer. Melalui
kaedah Live View ini ianya membolehkan kita melaksanakan real time compostion
dan juga precision focus setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan
imej matahari.
- Imej rakaman akan terus
dibuat editing dan disimpan dalam folder.
Rajah
; Gambar Partial Solar Eclipse dan Sun Spot
PENYELIDIKAN
2:
Pengimejan keseluruhan proses gerhana dengan resolusi
yang tinggi
Objektif : Mengkaji struktur cirian tepi
Bulan dan menguji keperisian ramalan masa kelakuan gerhana matahari.
Rajah
15
; Partial
Eclipse
Peralatan : Kamera digital, Tele
lens/Teleskop solar filter.
Mengambil
imej keseluruhan proses gerhana dengan menggunakan Tele lens/Teleskop yang
dilengkapi dengan solar filter dan kamera digital. Bagi pengambilan imej
gerhana resolusi tinggi dengan menggunakan kamera digital SLR, jarak fokus
teleskop yang sesuai adalah di antara 1000mm hingga 1500mm. Imej yang diambil
boleh digunakan untuk mengkaji struktur cirian tepi bulan secara teliti.
Tujuan
kajian ini adalah untuk menguji keperisian ramalan masa kelakuannya gerhana
matahari dan sangat bergna untuk meramalkan masa berlakunya gerhana matahari
pada masa depan. Hasil pencerapan kemudian boleh memberi satu gambaran seluruh
proses gerhana matahari penuh yang berlaku.
Rajah 16 : Perbandingan antara Lens
Focal Length dan Saiz Image Matahari yang dapat di rakam
Rajah 3 ; Fiel Of View dan Saiz Matahari dengan Pelbagai Camera Focal Lengths
Rajah 17 ; Jadual Rujukan Bagi
Kesesuaian Dedahan Kamera DSLR Semasa Proses Gerhana Matahari
Rajah ; Gambar yang dihasilkan disusun bagi
menunjukkan turutan gambar gerhana matahari yang terjadi
PENYELIDIKAN
3:
Rakaman Video
i.
Rakaman
Video peristiwa Gerhana Matahari Penuh 9 Mac 2016.
ii.
Cubaan
merakam Video Matahari langsung semasa proses kejadian Gerhana matahari
PENYELIDIKAN
4:
Pengimejan wide-field dengan landscape dan kaedah ‘multi-exposure’
Objektif :
Menghasilkan gambar yang menunjukkan pergerakan matahari
di langit dengan perubahan fasa-fasa proses gerhana
Peralatan : Kamera digital, wide-angle
lens, kamera tripod, solar filter.
Menggunakan
kamera digital, wide angle lens dan tripod kamera. Mengambil imej matahari
setiap 5 minit atau 10 minit sekali. Imej-imej yang diambil kemudian
digabungkan bersama untuk menghasilkan satu gambar yang menunjukkan pergerakan
matahari di langit dan perubahan fasa-fasa proses gerhana.
Rajah 19 ;
Gambar menggunakan lensa wide
angle
Rajah 20: Pengimejan wide-field
dengan landscape dan kaedah ‘multi-exposure’
5.0 TENTATIF PROGRAM
9 Mac 2016 (Rabu)
|
|
Masa
|
Aktiviti
|
6.45
pagi
|
Persiapan
Peralatan bagi merakam Gerhana Matahari Separa
|
7.24
pagi
|
Gerhana
Matahari bermula, Menunggu matahari terbit dan keluar dari Banjaran
Titiwangsa.
Solat
SunatGerhana matahari dan Khutbah Gerhana Matahari
|
7.50
pagi
|
Bersiap
bagi rakaman
|
8.00
pagi
|
Di
jangka bermulanya rakaman Gerhana Matahari Separa
|
9.32
pagi
|
Gerhana
Matahari Separa Tamat
|
10.30
pagi
|
Minum
Pagi
|
Rajah : lokasi yang sesuai bagi Cerapan Gerhana
Matahari Separa pada 9 Mac 2016
Rajah : Menggunakan Teleskop Sky Watcher, Kamera
Nikon
8.0 KESIMPULAN
Seperti yang dirancang kursus
UG03/16 Kursus Falak Syarie akan dilaksanakan pada 8 Mac sehingga 11Mac 2016.
Oleh itu pada tarikh 9 Mac 2016 telah dimasukkan didalam tentatif kursus
berkenaan akan modul Cerapan Gerhana Matahari (lihat jadul kursus dilampirkan).
Melalui program kajian dan penyelidikan yang akan
dilaksanakan ini, adalah diharapkan data atau maklumat yang di perolehi oleh
hasil kajian ini dapat dimanafaatkan sebagai data maklumat yang dapat dikongsi
bersama. Dalam Portal PINTU.
Disediakan
Oleh;
Mahruzaman
Misran
Penyelaras
Kanan Program Ukur Geodetik
Tarikh
: 24 Januari 2016 (15 Jamadil Awal 1437H)
Lampiran A
I N S T I T U T
T A N A H D A N U K U R
N E G A R A ( INSTUN)
Kementerian SumberAsli dan Alam Sekitar
35950 Tanjong Malim, Perak
Darul Ridzuan
|
||||||||
Ketua Bah. Ukur dan Pemetaan :
En.Taufek Kassim, BCK
Ketua Prog. Ukur Geodetik
: Sr. Rabiulkhair Mohd Nor
Pen. Ketua Prog. Ukur Geodetik :
Hj. Ahmad Rostam Hamzah
Penyelaras Kursus Kanan
: En. Mahruzaman Misran
Penolong Penyelaras Kursus
: En. Mohd ‘Abduh Jailani
|
Kursus: UG03/16 Falak Syarie
Sasaran: Juruukur JUPEM / Pegawai P & P dan Sokongan 1 Pelbagai
Jabatan
Tarikh: 8 – 11 Mac 2016
Tempat: Pusat Kecemerlangan Ukur Geodetik (PKUG)
|
Objektif:
Memberi Pendedahan dan
Meningkatkan Kefahaman Kepada Peserta Kursus Mengenai Teori dan Kaedah
Hitungan Waktu Solat Serta Taqwim Hijrah Malaysia
|
||||||
8.30 pg – 10.30 pg
|
10.30pg
-
11.00pg
|
11.00 pg – 1.00 tgh
|
1.00ptg
–
2.30ptg
|
2.30 ptg – 4.30 ptg
|
4.30 ptg.
–
5.15 ptg.
|
6.30 ptg.
–
8.00 mlm.
|
8.30 mlm. – 10.30 mlm.
|
|
7.3.2016 (Isnin)
|
-
|
R E
H A T
|
-
|
Ketibaan Peserta & Check In Asrama
di Pejabat Domestik INSTUN |
REHAT / RIADAH
|
M A K A N M A L A M
|
-
|
|
8.3.2016 (Selasa)
|
Pendaftaran dan Taklimat
Kursus
(Urus setia Kursus)
|
Pengenalan Kepada Ilmu Falak
JUPEM
|
Pembentukan Taqwim Hijriah dan Hitungan Data
Rukyah
JUPEM
|
-
|
||||
9.3.2016 (Rabu)
|
7.25 pg – 9.36 pg
|
· Pengenalan
Kepada Penggunaan Teleskop dan Total Station
· Kemahiran
Kaedah Cerapan Hilal
(Imkanur Rukyah)
JUPEM
|
Latihamal
Cerapan Hilal dan Langit Malam di Baitul Hilal, Segari, Perak
INSTUN & JUPEM
|
Latihamal
Cerapan Hilal dan Langit Malam di Baitul Hilal, Segari, Perak
INSTUN & JUPEM
|
||||
Cerapan Gerhana Matahari
INSTUN
& JUPEM
|
||||||||
10.3.2016 (Khamis)
|
· Zon
Waktu di Negeri Perak
JAKIM
|
Konsep Zon Waktu (Solat)
JUPEM
|
Penentuan dan Hitungan Waktu Solat
JUPEM
|
-
|
||||
11.3.2016
(Jumaat)
|
Penentuan dan Hitungan Arah Kiblat
JUPEM
|
11.00
pg. – 12.15 tgh.
|
Peserta Check Out Asrama
|
-
|
||||
· Penilaian
Kursus dan
· Majlis
Penutup & Penyampaian Sijil
INSTUN
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)