Monday, June 4, 2012

GERHANA BULAN SEPARA 4 JUN 2012

Solat Gerhana bulan esok 4 Jun 2012
by epondok di Jun 3, 2012
Proton City Tanjong Malim: Pengerusi Masjid At-Taqwa menyatakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” b...erserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
Encik Mahruzaman Misran , berkata fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
“Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat “khusuf” berjemaah disertai dengan khutbah gerhana,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Masjid At-Taqwa akan mengadakan solat sunat Gerhana Bulan selepas solat Maghrib.
Katanya, jika berkesempatan Teleskop akan digunakan bagi mengadakan aktiviti cerapan di Masjid At_taqwan pada hari berkenaan.
“Orang ramai terutama penduduk Proton City dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu,” katanya. – BERNAMASee More